Keputusan Penuh Pasukan Malaysia Di AFF Futsal 2016
On January 30, 2017 by FixoPasukan Malaysia tampil di AFF Futsal 2016 tanpa persediaan yang secukupnya. Dengan ketiadaan Liga Futsal Kebangsaan pada tahun lepas menyukarkan barisan kejurulatihan untuk memilih serta menilai pemain untuk dibawa ke kejohanan ini.
Namun ketua jurulatih Malaysia, Chiew Chun Yong berjaya menyediakan pasukan untuk AFF Futsal 2016. Beberapa perlawanan persahabatan bersama pasukan tempatan dan 3 perlawanan bersama kelab pro di Thailand berjaya membantu sedikit sebanyak persediaan pasukan ini menjelang AFF Futsal 2016.
Gabungan pemain senior dan junior pada kali ini berjaya membawa pasukan Malaysia peroleh tempat ke 3 mengulangi pencapaian mereka di kejohanan yang sama pada tahun 2015.
3 kemenangan dan 2 kekalahan berjaya diperoleh pasukan Malaysia pada kali ini. Walaupun kemenangan mampu dikecapi oleh pasukan Malaysia ketika bertemu pasukan Myanmar dan Thailand , mereka terpaksa akur dengan “comeback” yang dilakukan pasukan lawan.
Berikut merupakan keputusan penuh pasukan Malaysia di AFF Futsal 2016.
Peringkat Kumpulan
Malaysia 6 – 5 Indonesia
Malaysia 13 – 1 Laos
Malaysia 3 – 5 Myanmar
Separuh Akhir
Malaysia 3 – 5 Thailand
Penentuan Tempat 3/4
Malaysia 8 – 1 Timor Leste
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.