Kenapa Malaysia Book of Records Menaja Sepenuhnya Adik Aqashah? Anda Semua Rakyat Malaysia Terbaik!
On November 3, 2020 by WanShaBeberapa hari lepas, followers akaun facebook Harimau Malaya pasti ternampak perkongsian yang dibuat mengenai Adik Dainnel Aqashah. Bukan kaleng-kaleng budak ni. Dia boleh imbang bola sebanyak 200 kali dalam masa SATU minit! Wow! Boleh tengok setiap kali dia buat latihan dia ada kongsi di akaun Facebook. Setiap hari okay!
ada awalnya, posting dibuat melalui akaun facebook Albert Chung mengenai Messenger daripada bapa Adik Aqashah iaitu dikenali Encik Rahmat yang memohon bantuan untuk dapatkan penaja bagi merealisasikan impian anaknya ke Malaysia Book of Records.
Menurut penulisan Albert Chung, bapanya bersungguh-sungguh demi menunaikan impian tersebut untuk dijadikan motivasi buat Adik Aqashah agar terus berjaya dalam bidang bola sepak yang diceburinya.
Kira-kira 3 hari lepas posting itu di buat dan luar biasa apabila mendapat sokongan padu daripada orang ramai. Sekmung memang bijok ah!
Meh kenal adik ni dulu, baru kita cerita panjang.
Nama : Dainnel Aqashah B Rakmatulla
Umur :12 Tahun (05/07/2008)
Kelab : National Football Development (NFDP)
Kategori : 12 Tahun
NFDP Akademi Tunas Hulu Selangor U12
Sekolah : SJK C Chap Khuan, Batu Arang, Selangor.
Asal : Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
Menurut Adik Aqashah sendiri, jumlah imbangan bola yang dibuat setakat ini sebanyak 2716 kali dalam masa 15 minit 58 saat! Tak cramp ke kaki tu? Manakala, untuk catatan terpantas sebanyak 200 kali imbang dalam masa seminit.
Malaysia Book of Records (MBR) dalam kategori imbang bola telah di cipta oleh Irramal Haji Kasan dari Keningau, Sabah sebanyak 135 kali dalam masa seminit. Rekod tersebut dibuat pada tahun lepas. Betul-betul setahun pegang rekod kalau Adik Aqashah berjaya tandingi beliau.
Walau bagaimanapun, hari ini kita di khabarkan berita baik apabila pihak MBR bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan dan yuran Adik Aqashah. Siapa sangka, rezeki memang tak pernah salah alamat.
“Syukur! Alhamdulillah! Saya rasa sangat gembira”, luahnya.
Adik Aqashah turut berkongsi, tempat yang akan diadakan nanti adalah di Padang C, MSN, Bukit Jalil. Tapi, akan dimaklumkan MBR dalam seminggu ni bila ia diadakan. Tak sabar kan!
Ayahnya, Encik Rahmat turut meletakkan harapan agar anaknya terpilih ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sekaligus dapat menyarung jersi kebangsaan dalam usia 15 tahun.
Sebelum mendapat berita tentang penajaan daripada MBR, mereka cuba mendapatkan dana yang di bantu orang ramai dan jumlah terkumpul adalah RM1300. Tapi, yang menjadi persoalan daripada mereka, apakah yang perlu mereka buat dengan jumlah kutipan tersebut? Walhal, mereka telahpun memberi 2 opsyen.
- Dermakan kepada orang yang memerlukan
- Pulangkan kembali
Pada pendapat kami , sebaiknya duit tersebut diguna pakai untuk kelengkapan Adik Aqashah di masa depan. Macam mana pendapat korangk?
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.