Kenali Usliza Usman: Kecil Tapi Lincah!
On February 15, 2018 by WanSha
Usliza Usman merupakan pemain futsal kebangsaan yang berasal daripada Sandakan, Sabah. Beliau berusia 23 tahun dan lahir pada 20 Mei 1995. Penglibatan pertama beliau dalam arena futsal adalah dalam Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2010, dimana beliau mewakili UMS FC.
Bertanyakan mengenai titik permulaan beliau bermain futsal, ianya bermula hanya dengan bermain secara suka-suka di padang dan ditemani dengan sepupu beliau sehinggalah lewat malam.
Pada ketika itu juga, beliau turut memasang angan-angan yang besar untuk menjadi pemain futsal Malaysia dan menyarung jersi kebangsaan dan kini angan-angan beliau sudah menjadi kenyataan.
Beliau turut berkata, dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang tidak pernah putus membawa diri beliau sehingga ke tahap ini.
Pemain yang bermain di posisi pivot ini juga merupakan pemain pertahanan bagi pasukan bola sepak wanita dalam temasya Sukan Sea 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur lalu.
Bercerita mengenai pencapaian terbaik beliau dalam arena futsal adalah di mana beliau telah dinobatkan sebagai pemain wanita terbaik LFK 2014 dan juga telah membantu pasukannya meneruskan kemaraan ke peringkat akhir perlawanan.
Pencapaian yang dikecapi oleh beliau:
- Mewakili Skuad Futsal Kebangsaan dalam Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015 di Nilai, Negeri Sembilan
- Mewakili Skuad BolaSepak Wanita Kebangsaan dalam saingan Kejuaraan AFF 2015 di Vietnam
- Mewakili Skuad BolaSepak Wanita Kebangsaan dalam saingan Kejuaraan AFF 2016 di Myanmar
- Mewakili Skuad BolaSepak Wanita Kebangsaan dalam Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.