Kejuaraan Berganda Buat Felda United
On June 13, 2015 by Wak FaizalPertemuan akhir kategori lelaki diantara penyandang juara, Felda United menentang Selangor menjadi tarikan apabila setiap genap ruang di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam dipenuhi oleh pencinta futsal dan penyokong kedua-dua pasukan. Kehadiran Ultras Selangor dan Ultras Felda juga membuatkan keadaan di stadium menjadi gegak gempita dengan laungan semangat dari kedua-dua kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai ”Ultras”.
Perlawanan ini dijangkakan sengit apabila kedua-dua pasukan berkongsi mata pada peringkat kumpulan setelah mencatatkan keputusan seri 5-5, namun jangkaan tersebut agak sedikit meleset oleh kerana Felda dilihat sudah bersedia untuk memperagakan aksi kemas bagi mendakap kejuaraan musim ini. Selangor yang diketuai Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, kelihatan agak gugup pada perlawanan menentang juara bertahan ini, disamping ketumpulan penyudah menyebabkan Selangor ketandusan idea bagi mencipta jaringan. Beberapa percubaan menarik berjaya dihasilkan namun tiang gol menjadi penghalang buat mereka dalam usaha untuk merampas piala kebanggaan tersebut dari Felda United.
Felda United pula tampil dengan kemas dan tersusun berjaya mendahului 2-0 pada babak pertama. Pasukan yang dikenali dengan jolokan ”The Fighters” terus menambah derita pasukan Selangor apabila 3 lagi gol berjaya dihasilkan pada babak seterusnya menerusi asakan dan gerakan yang lebih jitu. Keputusan penuh berpihak kepada Felda United dengan 5 jaringan tanpa balas. Dibarisi pemain-pemain berkaliber dan mempunyai kemahiran yang tinggi, Felda United kelihatan seperti sukar digugat dan pada perlawanan ini.
Tirai musim ditutup dengan gemilang oleh pasukan Felda United apabila meraih kejuaraan berganda dengan menjuarai liga dan juga piala pada musim ini. Diharapkan segala kelemahan dari segala aspek dapat diperbaiki oleh semua pihak agar dapat mewujudkan satu saingan liga yang lebih baik berbanding edisi pada kali ini. Tahniah diucapkan pada para pemenang dan bagi yang kurang bernasib baik diharapkan dapat kembali bangkit pada kancah di musim hadapan. Selamat maju jaya dan berjumpa lagi.
Senarai Pemenang Liga Futsal Kebangsaan 2015
KATEGORI LELAKI
——————————–
Juara : Felda United FC
Naib Juara : T-Team
Ketiga : Kuala Lumpur MK
Pemain Terbaik : Azrul Hadee Mohd Taufiq (Felda United)
Penjaring Terbanyak : Jamaluddin Alias (Melaka) – 21 Gol
KATEGORI WANITA
——————————–
Juara : Selangor
Naib Juara : Felda United FC
Ketiga : Sabah
Pemain Terbaik : Siti Asnidah Zamri (Selangor)
Penjaring Terbanyak: Steffi Sarge Kaur (Selangor MPSJ) – 28 gol
Senarai Pemenang Piala Futsal Kebangsaan 2015
KATEGORI LELAKI
———————————
Juara : Felda United FC
Naib Juara : Selangor
Pemain Terbaik : Khairul Effendy Bahrin (Selangor)
Penjaring Terbanyak : Azwann Ismail (Felda United) – 6 gol
KATEGORI WANITA
———————————
Juara : Selangor MPSJ
Naib Juara : Selangor
Pemain Terbaik : Norhayanti Salleh (Selangor MPSJ)
Penjaring Terbanyak : Nur Shazreen Munazli (Selangor MPSJ) – 6 gol
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.