
Kebangkitan UKM membawa kejayaan
On September 9, 2016 by FixoBerada di kedudukan ke-6 pada pusingan pertama Liga Premier futsal liga IPT tidak memadamkan hasrat pasukan UKM untuk peroleh kejayaan, ini telah terbukti apabila mereka berjaya bangkit di pusingan kedua ini sekaligus membawa mereka ke kedudukan kedua carta liga.
Kebangkitan ini telah membawa mereka layak untuk beraksi di liga super tahun hadapan bersama pasukan KPTM Bangi yang berada di kedudukan pertama liga. Jika dilihat melalui aksi para pemain UKM di pusingan kedua tempoh hari , mereka nampak lebih bersedia dan yakin di setiap perlawanan. Pasukan UKM berjaya mengharungi 7 perlawanan di pusingan kedua ini tanpa kalah dan berjaya mengakhiri liga di kedudukan yang baik.
Mengulas mengenai kebangkitan dan kejayaan ini ketua jurulatih pasukan UKM saudara Taufik Yaiyah berkata ; “Saya sering tekankan kepada para pemain jangan berputus asa dan alhamdulillah mereka berjaya menunjukkan satu semangat juang yang tinggi. Saya amat gembira dengan pencapaian ini dan yang lebih menggembirakan pemain-pemain saya sudah mula memahami taktikal dan strategi yang saya terapkan dalam pasukan”.
Tambahnya,
“Pada pusingan pertama tempoh hari boleh katakan kami belum bersedia sepenuhnya kerana mengalami beberapa masalah antaranya ketika itu kebanyakan pemain kami terlibat dengan ‘final exam’ dan ‘intern’. Hal ini amat mengganggu dalam persediaan mempersiapkan pasukan ketika itu. Pada pusingan pertama itu juga kebanyakan pemain-pemain saya masih belum menemui rentak permainan mereka maklumlah kebanyakan pemain-pemain saya pertama kali terlibat dengan kejohanan yang besar seperti ini.
Untuk pusingan kedua di UPSI tempoh hari alhamdulillah saya mempunyai masa yang cukup untuk mempersiapkan pasukan”.
Selain layak ke Liga Super musim hadapan pasukan UKM juga akan beraksi di piala KFIPT pada hujung bulan ini dan menurut jurulatih pasukan ini pengalaman yang akan mereka dapat di ‘grand final’ ini akan digunakan sebaik mungkin bagi persiapan untuk musim hadapan. Coach Taufiq juga meletakkan sasaran untuk membawa pasukan UKM ke Separuh akhir piala KFIPT nanti.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.