Karnival Sukan MAKSAK 2016
On April 8, 2016 by FixoNegeri Melaka Bandaraya Bersejarah menjadi pilihan tahun ini untuk penganjuran Karnival Sukan MAKSAK 2016. Karnival ini akan berlansung bermula 14-17 April ini dan sebanyak 4 sukan bakal dipertandingan iaitu olahraga, futsal, ping pong dan juga tenis.
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) berfungsi untuk menganjurkan program bagi membolehkan ahli-ahli gabungan mengasah dan memperkembangkan bakat mereka samada dalam bidang sukan dan kebudayaan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Selain itu kesemua program yang dijalankan sebagai satu landasan untuk ahli-ahli gabungan memupuk dan mengeratkan tali silaturahim dan semangat setiakawan tanpa mengira batasan sempadan kenegerian, kumpulan perkhidmatan dan peringkat jawatan.
Selari dengan moto MAKSAK iaitu “Meningkatkan Produktiviti Melalui Sukan” , penganjuran karnival ini boleh dikatakan telah mencapai matlamatnya.
Untuk maklumat karnival ini juga menjadi medan untuk pemilihan pemain untuk mewakili pasukan MAKSAK Malaysia di Asean Civil Games. Pada tahun lalu penganjuran pertama kejohanan ini pasukan MAKSAK Malaysia telah menjadi juara keseluruhan dengan pungutan 10 emas 2 perak dan 4 gangsa dan pasukan futsal MAKSAK Malaysia turut menjadi penyumbang emas kepada kontijen Malaysia.
Bagi acara futsal yang sentiasa menjadi sukan pilihan setiap tahun pada tahun ini acara ini akan berlangsung di Dewan C, MITC Ayer Keroh Melaka. 17 pasukan lelaki dan 9 pasukan wanita mengambil bahagian pada tahun ini untuk merebut kejuaraan.
Mengulas mengenai persediaan bagi acara futsal pada kali ini : “kini sudah memasuki proses terakhir persediaan menjelang sepak mula yang akan berlangsung pada 14 April 2016 ini dan semua berada dalam keadaan yang baik mengikut perancangan” kata Encik Ahmad Faedzal Md Ramli selaku Penyelaras bagi acara futsal.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung bagi MAKSAK Malaysia berharap agar kesemua pasukan yang terlibat akan memberikan persembahan aksi yang menarik sepanjang kejohanan berlangsung.
Pada tahun lalu pasukan futsal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjuarai acara ini bagi kategori lelaki manakala pasukan Perak juara bagi kategori wanita.
Keputusan Kejohanan Futsal MAKSAK Malaysia 2015
Lelaki
Johan – WP Kuala Lumpur
Naib Johan – Kedah
Ketiga Bersama – Kelantan / Terengganu
Wanita
Johan – Perak
Naib Johan – WP Kuala Lumpur
Ketiga Bersama – ATM / PDRM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.