Kami Bermain Sebagai Satu Pasukan – Saiful Nizam
On January 24, 2017 by FixoKemenangan pasukan Harimau Malaysia semalam ke atas pasukan Indonesia telah membuka mata orang ramai. Mereka yang ketinggalan 5-3 pada separuh masa pertama bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 6-5.
“Kita tak pernah menyerah kalah dan mahu bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut. Selain mengikuti perancangan tektikal coach, kami juga bermain sebagai satu pasukan” kata Saiful Nizam kepada wartawan Bolalob
“Perlawanan semalam sangat baik. Kedua dua pasukan tampak sama kuat dan perlawanan sangat sengit. Namun kami bermain sebagai satu pasukan dan menang juga sebagai satu pasukan. untuk perlawanan seterusnya kami akan fokus untuk memenangi perlawanan tersebut” tambahnya.
Jika pasukan Harimau Malaysia menang perlawanan petang ini menentang Laos ia akan melayakkan pasukan ke pusingan separuh akhir.
Foto kredit : Bolalob
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.