
Hidup Bola Milo Sirkit Selangor Milik Putrajaya Elite & Fussa 606!
On July 15, 2018 by FixoKarnival futsal terbesar di Malaysia, Hidup Bola Milo 2018 telah membuka tirainya tahun ini semalam dimana sirkit pertama diadakan di Ferro Futsal, Selangor.
Seperti edisi-edisi sebelum ini, Karnival ini akan berlangsung di setiap negeri untuk mencari 32 pasukan terbaik bawah 12 tahun dan bawah 16 tahun untuk beraksi di Grand Final yang dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober depan.
Untuk sirkit pertama semalam, sebanyak 59 pasukan kategori B-12 dan 65 pasukan kategori B-16 bersaing untuk gelaran juara negeri Selangor.
Bagi kategori B-12, pasukan Putrajaya Elite berjaya muncul juara selepas menewaskan Stylo Mylo Green 2-1. Manakala Fussa 606 muncul juara bagi kategori B-16 dengan menewaskan pasukan Charo FT A 3-2.
Selain itu, anugerah sampingan turut diberikan semalam. Adik Marzuq Syahmin (B-12, Stylo Mylo Green) dan Rafie Fikri (B-16, Fussa 606) dinobatkan selaku pemain terbaik manakala Ameer Asyraf (B-12, Putrajaya Elite) dan Mohd Amirul (B-16, Charo FT A) dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik.
Dari sirkit ini kesemua semi finalis bagi kedua-dua kategori berjaya menempah tiket ke Grand Final nanti.
Selepas ini karnival ini akan disambung minggu depan, 21 Julai di Sport Prima, Johor Bharu. Cepat daftar pasukan anda sekarang.
Keputusan penuh Hidup Bola Milo Selangor.
Bawah 12 Tahun
Juara : Putrajaya Elite
Naib Juara : Stylo Mylo Green
Ketiga Bersama : IBA FC JR & IBA JR (B)
Bawah 16 Tahun
Juara : Fussa 606
Naib Juara : Charo FT ‘A’
Ketiga Bersama : Aziman FT & Court Soccer ‘C’
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.