Hidup Bola Milo Pulau Pinang Milik CJ FC (B) & Arena Malaya FT (B)
On July 30, 2018 by FixoKarnival Hidup Bola Milo diteruskan di sirkit Pulau Pinang hujung minggu lalu dimana sirkit ketiga musim ini berlangsung di Jesseball Sport Centre, Bukit Mertajam.
Bagi sirkit Pulau Pinang ini, sebanyak 36 pasukan bertanding bagi kategori Bawah 12 tahun manakala 50 pasukan bagi kategori Bawah 16 tahun.
Pasukan CJ FC (B) berjaya dinobatkan selaku juara B-12 tahun selepas cemerlang menewaskan TL Cougar (B) 5-3 di perlawanan akhir. Kejayaan mereka turut hadir dengan anugerah sampingan apabila adik Mohd Amar dan Hasif Ashraf dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaga gol terbaik.
Bagi kategori B-16 tahun pula, pasukan RSP.AYB Farnaz mencuri tumpuan apabila gabungan dua pasukan dari Selangor dan Perak ini berjaya mara ke perlawanan akhir sekaligus menempah tiket ke pusingan Grand Final.
Namun mereka terpaksa akur tewas tipis 1-0 kepada pasukan Arena Malaya FT (B) di perlawanan akhir, Sabtu lepas. Penjaga gol Arena Malaya, adik Hafiq harus diberi pujian beraksi cemerlang sekaligus dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik. Manakala adik Zaim Azim daripada pasukn RSP.AYB Farnaz menjadi pemain terbaik.
Selepas ini pencarian bakat-bakat muda akan diteruskan di Sabah pada 4 Ogos depan. Kita Jumpa di sana.
Keputusan penuh Hidup Bola Milo Pulau Pinang
Bawah 12 Tahun
Juara : CJ FC (B)
Naib Juara : TL Cougar (B)
Ketiga Bersama : Ery SBI (A) & ABS Baling (A)
Bawah 16 Tahun
Juara : Arena Malaya FT (B)
Naib Juara : RSP AYB Farnaz
Ketiga Bersama : Lawalah FT & Arena Eryns FT
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.