Hidup Bola Milo Kelantan Milik Wameza JR A & Arena Erynis A
On August 24, 2018 by FixoSelepas pasukan Nibung JR B muncul naib juara di sirkit Negeri Sembilan, pasukan ini meneruskan rentak cemerlang mereka apabila kali ini pasukan Nibung JR A muncul naib juara di Hidup Bola Milo sirkit Kelantan minggu lalu bagi kategori Bawah 12 Tahun.
Dengan kejayaan ini 2 wakil daripada pasukan Nibung JR mengesahkan tempat mereka di Grand Final. Juara bagi kategori ini telah dinobatkan kepada pasukan Wameza JR A yang menewaskan pasukan Nibung JR A dengan keputusan 2-0.
Adik Mohd Shahid muncul wira pasukan Wameza dengan jaringan kemenangan yang dijaringnya malah dia juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik. Kejayaan ini turut dibantu oleh kecemerlangan penjaga gol terbaik, adik Mohd Rezqeen meenyelamatkan gawang Wameza daripada dibolosi daripada pusingan separuh akhir.
Bagi kategori Bawah 16 Tahun pula, perlawanan sengit di final antara dua pasukan tuan rumah dan menyaksikan pasukan Arena Erynis A berjaya menewaskan Sharmi Sports B 3-2 untuk dinobatkan juara di Kelantan.
Penjaga gol terbaik, adik Mohd Ariff daripada pasukan Sharmi Sports terpaksa akur dengan jaringan kemenangan yang berjaya dijaringkan oleh adik Syuqran di minit-minit akhir perlawanan. Jaringan tersebut telah menjadikan Syuqran dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Sirkit di Kelantan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus Pemasaran Sukan Nestle (Milo), Encik Ng Ping Loong yang menyaksikan perlawanan di sana. Dia turut berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Selepas ini Hidup Bola Milo akan diteruskan di Sarawak pada 1 September depan.
Keputusan penuh Hidup Bola Milo Kelantan
Bawah 12 Tahun
Juara : Wameza JR A
Naib Juara : Nibung JR A
Ketiga Bersama : RSJ JR B & Mansrina Pulau 5
Bawah 16 Tahun
Juara : Arena Erynis A
Naib Juara : Sharmi Sports
Ketiga Bersama : Nibung A & Getting FT
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.