Hidup Bola Milo “Gudang” Pemain Berbakat
On July 27, 2018 by FixoEdisi ke-13 Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2018 kategori bawah 12 dan 16 tahun bakal kembali lagi.
Pertandingan yang ditunggu-tunggu semua pemain futsal dalam kategori berkenaan yang dianjurkan Nestle Product Sdn Bhd bersama krew teknikal mereka akan menjelajah 14 lokasi terpilih seluruh negara.
Jenama sukan terkenal, Figos turut meneruskan kerjasama selaku rakan penaja utama pada edisi kali ini.
Seperti biasa, juara peringkat negeri bagi kedua-dua kategori bakal menerima wang tunai RM800, pingat dan barangan Figos manakala naib juara menerima RM600, pingat serta barangan Figos.
Bagi pasukan yang tewas di separuh akhir masing-masing menerima RM400, pingat dan barangan Figos.
Menariknya, juara di peringkat Grand Final bakal menerima wang tunai RM15,000, trofi, pingat dan barangan Figos manakala naib juara menerima RM10,000, pingat dan barangan Figos sambil pasukan yang tewas di separuh akhir akan menerima RM7,000, pingat dan barangan Figos.
Eksekutif Pemasaran Sukan MILO, Ahmad Fadhly Shah Indra Gunawan berkata: “Kali ini program bertemakan ‘MILO Aktif Negaraku’ meneruskan komitmen dalam usaha memperkasa sukan di peringkat akar umbi.”
Pengarah Teknikal, Nik Muhd Radzi berkata, Hidup Bola Milo edisi terbaru lebih menarik di mana lapan pasukan terbaik Grand Final layak beraksi di saingan Piala FA.
“Juara Piala FA pula bakal menerima RM5,000 manakala naib juara menerima RM3,000 dan pasukan yang tewas di separuh akhir menerima RM1,000,” katanya.
Penganjur menasihati pasukan yang ingin bertanding supaya melayari laman sesawang www.milo.com.my atau menghubungi Nik Radzi di talian 019 3519934 dan 019 9444334.
Pengurus Pemasaran Nestle Product, Ng Ping Loong berkata, pihaknya menerima sambutan hangat setiap tahun dan berhasrat meneruskan pertandingan pada masa depan.
“Saya teruja dan kagum dengan kejayaan program kami melahirkan pemain berbakat dan saya mengharapkan pemain yang satu ketika menyertai program kami hadir pada kemuncak Hidup Bola Milo pada 27 dan 28 Oktober nanti.
Artikel oleh Berita Harian.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.