Futsal Kedah Sahut Cabaran Sasaran Yang Ditetapkan Bagi MPFL 2022
On January 6, 2022 by Wak FotoSkuad futsal Kedah ingin turun ke Malaysian Premier Futsal League 2022 dengan kedudukan yang lebih baik dengan sasaran yang diletakkan untuk berada dalam lapan pasukan terbaik.
Itu yang diamanatkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Abdul Rahman Abdullah ketika majlis pengenalan pemain serta pelancaran jersi baru- baru ini.
Menurut beliau Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) selaku penaja utama telah berusaha dengan membantu membentuk pasukan yang lebih mantap musim ini bagi memastikan kejayaan berjaya dicapai di MPFL 2022. Dengan bajet yang tinggi sudah pasti harapan juga tinggi untuk skuad futsal Kedah kali ini.
Amanat tersebut disahut barisan pengurusan serta pemain untuk memberikan yang terbaik di liga nanti. Kedah mengekalkan 20 peratus sahaja pemain daripada musim sebelum manakala 80 peratus merupakan pemain baru yang dilihat bakal memberikan kekuatan kepada pasukan Lang Merah.
Pada edisi pertama 2019 Kedah menamatkan saingan di kedudukan ke-7 daripada 9 pasukan dan untuk kali ini saingan pasti akan menjadi lebih sukar dengan 15 pasukan yang akan merebut kejuaraan nanti. Malah format kali ini juga berbeza di mana hanya 1 pusingan sahaja untuk liga dan 8 pasukan terbaik akan mara ke pusingan Piala Futsal Malaysia.
Kedah akan mengharungi 2 perlawanan di sirkit pertama minggu depan di mana mereka akan turun menentang TRW Kelantan serta Terengganu.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.