FC VOTAFOGO “GEGAR” INDUSTRI FUTSAL

Baru-baru ini, FC Votafogo telah menjayakan sebuah event bertaraf antarabangsa yang dinamakan “Vota International Futsal Cup 2023” bertempat di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic.

FC Votafogo adalah sebuah pasukan yang ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Izwan Azida atau lebih dikenali sebagai “The Preszident”.

FC Votafogo telah berkolaborasi bersama pasukan Atletico Brisbane,pasukan futsal yang berasal dari Australia untuk bertarung tenaga di hadapan ratusan penyokong yang telah hadir demi menyatakan sokongan kepada FC Votafogo.

Barisan pemain Atletico Brisbane

Antara aktiviti yang diadakan pada event tersebut adalah cabutan bertuah,merchandise giveaway dan pertunjukan separuh masa untuk para penonton, merancakkan lagi atmosfera event anjuran FC Votafogo yang menjadi buah fikiran The Preszident setelah sekian lama.

Izwan Azida atau lebih dikenali sebagai The Preszident

Di dalam sebuah temuramah, The Preszident menyatakan bahawa beliau telah merangka gerakan ini sejak 2021 dan fokus beliau adalah untuk menaikkan “scene” futsal tempatan dengan memberi semula kepada komuniti.

FC Votafogo juga menampilkan tajaan bersama Alfitry Textures dan Voltra untuk busana mereka.Anjuran ini turut mendapat perhatian dan sokongan dari Nasty Worldwide,Homebois dan juga Badzille World,jenama-jenama yang tidak asing lagi dalam industri Malaysia, terkenal dengan kejayaan mereka dalam membangunkan dan membawa kelainan dalam bidang yang diceburi,sekaligus membuktikan kesungguhan FC Votafogo untuk menaikkan komuniti tempatan.

Pemain FC Votafogo menggayakan busana dari Alfitry Textures sebagai pakaian formal sebelum permainan bermula.

The Preszident menekankan bahawa FC Votafogo bukan hanya sebuah pasukan futsal,malah sebuah pasukan marketing yang dibimbing beliau untuk menjayakan segala event yang diatur,gerakan ini dinamakan “Futsal Entertainment” oleh The Preszident.

Ternyata, FC Votafogo kini adalah antara nama pasukan futsal yang terkndi Malaysia dengan cara unik yang tersendiri.

Vota International Futsal Cup 2023 yang telah mendapat sambutan ramai sudah pasti akan membuat The Preszident dan FC Votafogo berkobar dan dahaga untuk terus mencabar potensi yang ada dalam industri futsal yang sedia ada.

Antara barisan pemain FC Votafogo

Start a Conversation