Faizal Idam Wakili Lang Merah

Merupakan anak jati kelahiran Kedah, Mohd Faizal Amri Bin Zaid berumur 25 mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap sukan futsal sejak di bangku sekolah lagi.

Beliau mula bergiat aktif di dalam arena futsal sebaik saja tamat peperiksaan SPM. Dari situ beliau mula menjadikan futsal sebagai salah satu hobi kegemarannya.

1908220_831086926929713_1806293954498292884_n

Bermula secara suka-suka akhirnya menjadi minat yang mendalam apabila pasukannya Che Pah Corner mula menyertai kejohanan yang dianjurkan di sekitar Kedah. Antara kejayaan yang pernah diraih beliau adalah Johan Futsal Gelombang Merah, Johan Sirkit Red Bull dan pelbagai lagi.

Beliau juga pernah mewakili pasukan Polimas dan membawa pasukan Polimas muncul juara sirkit di Terengganu. Antara kelebihan yang dimiliki beliau adalah rembatan dan kecekapan membaca permainan lawan. Kecekapan & ketangkasan yang dimilikinya menjadi salah satu nadi kekuatan pasukan beliau selain daripada semangat berpasukan yang dimiliki mereka.

Dalam diam, anak kelahiran negeri Kedah ni menyimpan hasrat untuk mewakilli negerinya pada suatu hari nanti bagi menonjolkan bakat yang ada padanya. Katanya lagi dengan tajaan figos ini diharap dapat membakarkan lagi semangat beliau utk lebih berjaya dan melonjakkan permainannya ke tahap lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top