Episod Baru Buat Pasukan Brunei
On February 1, 2017 by FixoPasukan futsal Brunei tampil di kejohanan futsal AFF 2016 dengan bimbingan ketua jurulatih baru iaitu Qusmaini Noor Rusli.
Beliau yang tidak asing lagi di Malaysia dan Indonesia hanya peroleh masa tidak sampai dua bulan untuk menyediakan pasukan Brunei untuk ke kejohanan ini.
Pasukan ini hampir melayakkan diri ke pusingan separuh akhir namun kekalahan 8-6 ketika bertemu Timor Leste memadamkan impian mereka itu.
Menurut Rosdin Abdul Aziz pengurus pasukan Brunei Darussalam, ketika perlawanan itu para pemain telah memberikan aksi yang terbaik. Mereka berjaya mendahului perlawanan tersebut dua kali.
“Momentum dan rentak permainan kami hilang apabila salah seorang pemain kami dibuang padang akibat kad kuning yang kedua dan kami terpaksa akur dengan kekalahan tersebut” kata Rosdin kepada Borneo Bulletin.
Bagi perlawanan kedua pasukan Brunei bertemu dengan pasukan Thailand dan menurut Rosdin beliau mengakui bahawa ia adalah sukar untuk mengatasi Thailand di peringkat semasa ini namun para pemain telah memberikan tentangan sebaiknya kepada pasukan lawan malah mereka berjaya peroleh dua jaringan melalui “set-pieces”.
“Pasukan Brunei pada kali ini bukan seperti pasukan yang lama, melihat kepada prestasi para pemain saya dapat melihat peningkatan mantap berbanding edisi sebelum ini” kata Rosdin.
“Qusmaini telah memperkenalkan konsep permainan baru kepada para pemain dan saya dapat lihat para pemain mula faham dan mengubah corak permainan mereka” tambah beliau.
Pasukan futsal Brunei kini akan kembali dan memberikan tumpuan untuk Kejohanan Futsal AFC Bawah 20 yang dijangka bermula bulan Mei ini dan juga Sukan Sea Kuala Lumpur pada Ogos ini.
Tahniah diucapkan buat Qusmaini Noor Rusli dan pasukan Brunei.
Sumber : Bulletin Borneo
Kredit Foto : Bolalob
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.