
Don manfaatkan peluang yang diberi.
On September 13, 2016 by FixoPeluang dan ruang yang diberikan oleh pihak pengajur untuk para pemain yang tidak layak di pusingan kelayakkan untuk terus bermain di Liga Futsal IPT telah memberi pemain ini untuk menonjolkkan bakat beliau kepada orang ramai.
Ia telah terbukti pemain ini telah berjaya membantu pasukan UKM mendapat tempat kedua di Liga Premier dan lebih membanggakan lagi pemain muda berusia 20 tahun ini telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai bagi liga premier.
Pemain yang bernama Don Faris Afiq Don Rashid ini pertama kali melibatkan diri di liga futsal IPT di pusingan kelayakan tempoh hari bersama pasukan German Malaysian Institute (GMI). Namun pasukan beliau gagal untuk melayakkan diri ke liga. Bakat beliau yang dilihat ketika pusingan kelayakan terus menarik minat pengurusan UKM untuk merisik beliau sebagai pemain import pasukan tersebut.
Ikuti temubual wartawan Arena Futsal Malaysia bersama pemain muda ini.
AFM : Tahniah kami ucapkan kepada anda kerana berjaya mendapat anugerah pemain paling bernilai boleh anda komen sedikit mengenai pencapaian ini?
DFA : Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan bertuah kerana diberi peluang walaupun sebenarnya ramai lagi yang layak untuk menerima anugerah ini. Dorongan ibu bapa, family, coaches, manager & teammates juga banyak mendorong untuk pencapaian ini.
AFM : Anda merupakan pemain import bagi pasukan UKM dan ada berjaya membawa pasukan UKM menjadi naib juara Liga Premier. Boleh komen sedikit mengenai pencapaian ini.
DFA : Selain daripad rezeki yang Allah tentukan kepada kami, kejayaan pasukan UKM menjadi naib juara Liga Premier sebenarnya banyak datang daripada coach kami iaitu Taufik Yaiyah. Sejak daripada pasukan UKM dibimbing oleh beliau pada pusingan kelayakan haritu, beliau telah bertungkus lumus untuk melatih, membimbing & mengubah cara permainan kami dengan ilmu dan pengalaman yang beliau ada. Pada masa yang sama beliau turut mengatur strategi untuk pasukan UKM dengan sangat baik dari masa ke semasa. Saya amat bertuah dapat berlatih di bawah beliau dan bermain bersama pasukan ini. Selain daripada itu, pihak management UKM terutamanya manager Hairol Isa yang banyak memberi sokongan dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan pasukan UKM pasukan yang terbaik dalam dan luar permainan. Rakan sepasukan UKM juga memberikan komitmen dan usaha yang sangat baik untuk pencapaian ini. Mereka tidak pernah berputus asa semasa sesi latihan sehingga hari perlawanan.
AFM : Adakah sukar bagi anda untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang baru.
DFA : Hakikatnya memang sukar untuk menyesuaikan diri dengan orang baru, namun alhamdulillah saya tidak mengambil masa yang lama untuk ‘adapt’ dengan suasana bersama pasukan & rakan yang baru kerana mereka juga sangat gembira menyambut kehadiran saya untuk sertai pasukan mereka.
AFM : Apakah harapan anda menjelang Piala KFIPT hujung bulan ini?
DFA : Oleh kerana tahun ini ramai daripada kalangan kami berada dalam final year, jadi saya harap pasukan kami menggunakan peluang ini untuk memberikan prestasi yang paling baik dan menjuarai Piala KFIPT nanti.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.