Brunei mengorak langkah
On September 21, 2016 by FixoPerkembangan futsal di asia tenggara ini boleh dikatakan berkembang dengan amat cepat. Kebangkitan beberapa pasukan dari benua ini tampak sudah membuka mata pasukan dari negara lain ini boleh dibuktikan kehadiran pasukan Vietnam yang tampil ke Piala Dunia Futsal buat pertama kali selain pasukan Thailand dan Australia.
Kebangkitan itu turut diikuti oleh negara jiran kita iaitu Brunei yang kini mengorak langkah dalam arena futsal ini. Jika dilihat daripada pencapaian pasukan futsal Brunei masih banyak ketinggalan daripada pasukan lain dan pencapaian terbaik mereka peroleh tempat ke-4 di kejohanan AFF Futsal pada tahun 2001,2005 dan 2008.
Namun pendekatan mereka untuk memperbaiki corak permainan harus dipandang apabila mereka telah melantik jurulatih baru dari Turki iaitu Mehmet Fatih Kale. Kehadiran bekas jurulatih pasukan wanita Chinese Taipei ini pasti membawa satu semangat baru buat arena futsal di Brunei.
Tugas pertama menanti jurulatih berumur 49 tahun ini adalah untuk menyediakan pasukan Brunei yang akan ke Kejohanan AFF Futsal 2016 yang berlangsung pada hujung bulan oktober nanti. Ujian sukar menanti beliau apabila pasukan Brunei telah diundi bersama pasukan Thailand, Vietnam dan juga Timor Leste.
Menurut temu bual beliau yang dipetik dari laman sesawang futsalplanet.com, Mehmet Fatih Kale berkata :
“Pada Kejohanan AFF Futsal kami berada dalam kumpulan yang sama dengan pesaing Piala Dunia iaitu Thailand dan Vietnam , mereka berada di tahap yang sangat berbeza daripada kami. Objektif pertama saya adalah untuk membentuk para pemain , supaya Brunei sekurang-kurangnya boleh memberikan satu prestasi yang baik agar dihormati sebagai satu pasukan Futsal yang baik. ”
Selain daripada pelantikan jurulatih baru ini, liga mereka juga harus dipuji apabila liga mereka yang dikenali sebagai Takaful Brunei Futsal Super League 2016 berlangsung dengan amat baik sekali.
Tahniah Brunei. Kebangkitan mereka pasti akan merancakkan lagi arena futsal terutama di asia tenggara ini.
Foto Kredit : Mehmet Fatih Kale FB
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.