Biar Jasa Jadi Kenangan, Terima Kasih UKM. Misi Baru Asnan Ahmad!

Permulaan baru untuk Asnan Ahmad di kancah liga bola sepak Malaysia apabila pemain berusia 27 tahun ini diumumkan sebagai pemain baru Terengganu FC.

Asnan Ahmad merupakan kapten dan playmaker utama UKM FC sebelum ini di Liga Premier berjaya menarik perhatian coach Nafuzi Zain untuk memperkuatkan pasukan bagi misi saingan di Liga Super serta AFC Cup 2021 musim depan.

Pemain berasal Kedah pernah mencuba beberapa pemilihan bersama Perlis dan Kedah satu ketika dulu tapi tidak berjaya. Dia masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyambung pelajaran dan memulakan karier bola sepak bersama pasukan UKM.

Bersama UKM sejak dari 2013 lagi. Bermula dari Liga IPT, Liga FAM dan juga Liga Premier. Satu perjalanan yang orang kata cukup indah buat Asnan yang selepas ini akan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Asnan yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Sukan Rekreasi juga seorang guru di Kulai. Sebelum ini dia berulang alik dari Kulai, Johor ke Bangi untuk menyertai latihan bersama pasukan.

Dengan adanya pasukan baru ini, Asnan pasti akan terus fokus 100% dengan TFC memandangkan mereka ada misi besar musim depan.

Asnan yang boleh juga bermain di beberapa posisi dijangka akan diletakkan di posisi tengah bertahan nanti.

Daripada tidak dikenali nama ini akan menjadi bualan dan perhatian penyokong-penyokong TFC untuk musim depan.

Tahniah Asnan dan terima kasih UKM! Selain UiTM, UKM juga telah membuktikan produk IPT adalah yang terbaik.

Start a Conversation