Beck Pelengkap 8 Pemain Pilihan Perlis Futsal Wanita
On January 10, 2019 by WanShaBaru-baru ini, akaun instagram Perlis Futsal telah mengumumkan 8 barisan pemain mereka. Ianya menjadi lebih menarik apabila majoriti pemain tersebut terdiri daripada pemain wanita kebangsaan.
Antara 8 nama tersebut ialah:
• Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri dari Perak FA
• Noorasyiemah Mohd Rashid dari Perak FA
• Hanis Farhana Shamsul Azizan dari Felda United
• Siti Asnidah Zamri dari Felda United
• Zur’ain Kamarudin dari Felda United
• Intan Sarah Anisah Zulgafli dari Felda United
• Siti Nur Atiqah Rashid dari Felda United
• Hannani Adriana Shamsul Azizan dari Felda United
AFM tertarik untuk mendapatkan pandangan daripada seorang daripada mereka iaitu Siti Nur Atiqah Rashid atau dikenali sebagai Beck mengenai pasukan baru pilihannya.
Setelah lebih kurang 5 tahun Beck bersama Felda United, dia kini berubah angin ke Utara apabila berjaya menandatangani kontrak baru bersama Perlis Futsal selama setahun.
Menurut Beck, alasannya memilih menjadi keluarga Perlis Futsal kerana ingin mencuba bermain di bawah pengurusan yang baru.
Tambahan lagi, Perlis Futsal baru ditubuhkan tahun ini dan bakal membuat penampilan yang pertama di Malaysia Profesional Futsal League (MPFL) 2019.
Perlis Futsal skuad wanita bakal dikendalikan oleh ketua jurulatih, Coach Addie Azwan Zainal, penolong jurulatih, Mohd Arif Sayuti serta Azlizan Iliyas selaku Jurulatih Penjaga Gol.
Bertanyakan mengenai aksi yang bakal dipamerkan dengan kehadiran majoriti pemain utama skuad Negara.
“Saya yakin, kami mampu pamerkan aksi yang cemerlang kerana majoritinya adalah rakan sepasukan Felda United dahulu”, katanya dengan penuh yakin.
Beck turut berharap agar rakan sepasukan dapat berikan komitmen yang sepenuhnya sekaligus berjaya menjuarai liga pada tahun ini.
Kami di Arena Futsal Malaysia mengucapkan selamat maju jaya buat pemain dan barisan kejurulatihan Perlis Futsal.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.