Dilahirkan di Daerah Putatan pada 26 Januari 1998, Mohd Suzairee Bin Samail atau nama panggilanya Korie telah menunjukkan bakatnya dalam sukan futsal seawal usia 12 tahun.

10997807_1545102885763584_3314335542873216421_n

Suzairee pemain termuda yang disenaraikan dalam skuad futsal Sabah untuk kejohanan Liga Futsal Kebangsaan 2015. Sebelum ini, Korie juga telah bermain untuk Futsal Sabah pada Kejohanan Pesta Sukan Kebudayaan Belia Malaysia di Perlis tahun lepas serta Kejohanan Bimp Eaga Internasional di Labuan.

Larian yang pantas serta skill mengawal bola menjadi aset penting kepada pemain muda ini. Beliau juga merupakan adik kepada seorang lagi pemain Futsal Sabah iaitu Shazree Ruhif Bin Samail.

Semoga maju jaya buat Korie serta pasukan futsal Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top