Arkib: Malaysia ‘Belasah’ New Caledonia Tanpa Balas
On November 5, 2021 by Syafiq FremanFutsal Malaysia melalui fasa sukar sejak pandemik Covid-19 tular seluruh dunia dan Malaysia menjadi antara negara yang mengalami efek teruk pra dan pasca pandemik.
Kini rakyat Malaysia memasuki fasa endemic dan sektor ekonomi sudah boleh dibuka tanpa sebarang masalah termasuklah sukan futsal.
Mengimbau perlawanan persahabatan futsal antarabangsa sebelum ini melibatkan pasukan Malaysia menentang New Caledonia pada tahun 2019.
Berikut merupakan highlights perlawanan persahabatan diantara Malaysia menentang New Caledonia. Abu Haniffa menjaringkan 2 gol sementara Saiful Nizam, Ridzwan Bakri dan Harith Naim masing-masing mencetak satu gol.
Futsal Malaysia bakal kembali beraksi dan bertemu peminat sukan futsal pada tahun 2022 dan diharapkan kesemua pasukan futsal di Malaysia dapat kembali bangkit setelah melalui fasa sukar tanpa sebarang perlawanan kompetitif sejak 2019.
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.