Arif Aiman Sentiasa Tak Puas Hati Dengan Prestasi Diri Sendiri
On April 27, 2022 by Nabil FahmyDisebalik konsistensi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perjalanan Liga Super musim ini pastinya diwarnai dengan bakat memukau pemain muda mereka, Arif Aiman Hanapi.
Sehingga kini, Arif sudah turun dalam kesemua perlawanan Liga Super buat JDT dan walaupun belum menjaringkan sebarang gol, namun beliau sudah menghasilkan 5 bantuan gol.
Walaupun baru berusia 20 tahun pada tahun ini, namun kemampuan pemain muda ini tidak dapat dinafikan. Sumbangan beliau di atas padang sangat luar biasa. Arif sentiasa ada bersama ketika pasukan JDT menyerang mahu pun bertahan.
Ketika ditemubual media, Arif pamer mempamerkan satu semangat yang jitu apabila beliau sendiri tidak pernah berpuas hati dengan prestasi yang beliau tampilkan setiap perlawanan.
“Saya anggap performance saya, saya masih tak puas hati lagi. Setiap perlawanan, saya akan nilai diri saya. Kalau saya main baik, saya tetap menganggap saya bermain tidak baik.
“Saya tak akan berpuas hati dengan apa yang saya buat. Setiap perlawanan saya akan anggap penting untuk saya buat lebih baik sehingga saya jadi yang terbaik.” katanya ketika ditemubual oleh Astro Arena.
Mentaliti tidak pernah berpuas hati yang ada pada Arif ini wajar dijadikan contoh oleh pemain-pemain negara supaya sentiasa berusaha lebih gigih untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.