Apakah ini petanda FAM dan Nike bakal memperkenalkan jersi terbaru skuad kebangsaan?
On December 2, 2020 by Wak PivotKalau anda perasan laman sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini hadir dengan konten #throwback imbau kembali jersi Harimau Malaya. Melihat kepada konten ini sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa jersi baru Harimau Malaya akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.
Konten imbau kembali ini terdapat 14 siri yang menampilkan koleksi jersi Nike Harimau Malaya Home dan Away sejak 2007. Tahun 2007 adalah tahun pertama Harimau Malaya menggunakan jersi jenama Nike sehingga sekarang. Sebelum itu kita menggunakan jenama Adidas.
Sehingga jam 10 malam, 2 November FAM sudah memuat naik 12 siri jersi dan baki 2 lagi jersi dijangka akan dikongsikan hari ini. Selepas itu mungkin mereka akan mengumumkan tarikh pelancaran jersi ini yang kami rasakan akan dibuat secara maya berikutan Covid-19.
Pasti semua tak sabar untuk melihat jersi baru ini yang akan digunakan skuad Harimau Malaya bermula tahun depan. Adakah jersi yang tular baru-baru ini adalah rekaan jersi baru yang akan diperkenalkan nanti? Kalau sama pasti ini akan mengecewakan peminat yang rata-rata tidak suka dengan rekaan baru jenama Nike ini.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.