
Apakah Ini Pengakhiran Industri Futsal?
On November 19, 2020 by Wak GoleiroTinggal 3 minggu lagi sebelum tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri tapi melihat dengan situasi semasa kes bertambah setiap hari kemungkinan besar PKPB yang akan tamat pada 6 Disember akan diteruskan sehingga hujung tahun.
Perkara ini pasti akan memberikan kerisauan buat penggiat industri sukan terutamanya operator futsal mahupun padang sewa. Mereka baru sahaja nak mula bernafas tempoh hari terpaksa melalui situasi yang sama selepas PKPB dilaksankan semula.

Walaupun tiada lagi kluster bola sepak & futsal sukan ini antara sukan yang tidak dibenarkan dimainkan secara penuh. Hanya terhad untuk beberapa orang sahaja dalam court futsal & waktu operasi sehingga 10 malam sahaja. Ini menyebabkan operator futsal tidak dapat menjana income seperti biasa.
Bercakap tentang isu ini, Pengurus Pemasaran WnS Futsal Centre, Wan Noor Faril Azli Wan berkongsi pendapat dengan Sinar Harian & dia akui penggiat industri sukan kini terutama futsal berada di hujung tanduk. Tinggal masa untuk gulung tikar jika tiada perubahan dapat dilakukan.
“Di Alor Setar sahaja, ini merupakan kali ketiga PKP dilaksanakan. Pertama PKP seluruh negara, kedua Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Kota Setar pada September dan terbaharu adalah PKPB sehingga 6 Disember depan,”
“Selain itu kita juga berharap kerajaan dapat meneruskan moratorium bagi meringankan beban golongan peniaga seperti kami. Keuntungan yang sedikit ini memang tidak cukup untuk kami bayar segala hutang dan liabiliti lain yang perlu ditanggung,”

Dalam masa sama Wan Noor Faril mengharapkan agar MKN mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran di kawasan kawasan yang berisiko rendah seperti berada dalam zon hijau untuk kembali semula dapat meneruskan aktiviti ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.