Futsal Wanita Masih Cari Penjaga Gol Utama
On July 31, 2017 by FixoPengendali skuad futsal wanita negara, Muizzuddin Mohd Haris, tetap yakin dengan kemampuan tiga penjaga gol dalam skuad negara walaupun mereka akan membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Keyakinan Muizzuddin adalah berlandaskan pengalaman ketiga-tiga penjaga gol, Sity Norazizah Jamal, Nur Izwani Azman dan juga Noorasyeimah Mohamad Rashid — dalam beberapa pertandingan antarabangsa sebelum ini.
“Mereka pernah beraksi di peringkat AFC sebelum ini, jadi saya percaya ketiga-tiga pemain mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan dalam Sukan SEA nanti.
“Dalam empat aksi persahabatan — berdepan Hong Kong dan Taiwan — kami banyak membuat perubahan dengan menguji ketiga-tiga pemain bagi mencari siapakah yang bakal menjadi pilihan utama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Muizzuddin sedang memantau prestasi pemain dalam menentukan senarai akhir 14 pemain yang akan membawa cabaran negara dalam Sukan SEA.
Prestasi pemain dalam aksi persahabatan antarabangsa berdepan China bulan depan akan menjadi medan terakhir menentukan senarai akhir 14 pemain.
“Perlawanan terakhir berdepan China akan diadakan pada 12 dan 13 Ogos di Stadium Matsushita. Ini adalah kayu pengukur menguji kemampuan skuad ke Sukan SEA,” tambahnya.
Artikel oleh : Stadium Astro/Astro Arena
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.