
Info Pasukan Yang Bertanding Di Kejohanan Futsal AFC 2016, Tashkent, Uzbekistan
On February 9, 2016 by Wak FaizalKumpulan A
UZBEKISTAN (penampilan ke-14)
Tahun ini tahun ketiga Uzbekistan menjadi tuan rumah kejohanan futsal AFC . Mereka pernah menjadi tuan rumah pada tahun 2006 dan 2010, mereka muncul naib juara di kejohanan futsal AFC pada tahun itu setelah tewas pada perlawanan akhir dengan pasukan Jepun (2006) dan Iran (2010). Baru-baru ini Uzbekistan menewaskan Kuwait 2-1 di Kejohanan Futsal AFC dah sekali gus mendapat tempat ketiga.
LEBANON (penampilan ke-10)
Menjadi pasukan pertama mara ke suku akhir pada kejohanan futsal AFC pada tahun 2004 di Macau. Lebanon telah berjaya ke suku akhir dalam tempoh lima edisi sebelum ini di Kejohanan Futsal AFC. Mereka berjaya menempah tiket ke Tashkent apabila mereka mendahului Zon Barat Kumpulan A dengan 5-2 kemenangan ke atas Jordan dan Arab Saudi dan kekalahan 6-2 ke atas Bahrain.
KYRGYZSTAN (penampilan ke-14)
Salah satu daripada lima negara telah mengambil bahagian dalam setiap edisi Kejohanan Futsal AFC, Kyrgyzstan menikmati musim terbaik mereka pada tahun 2005-2007 apabila mereka sampai ke separuh akhir tiga kali berturut-turut. Selepas itu mereka hanya layak ke peringkat suku akhir dalam tiga kejohanan futsal AFC selepas itu. Rekod mereka untuk melepasi peringkat kumpulan berakhir pada tahun 2014 di Vietnam selepas menduduki tempat ketiga dalam kumpulan mereka di belakang pasukan Uzbekistan dan Jepun. Ia adalah kali pertama mereka gagal melepasi peringkat kumpulan sejak 2004. Kyrgyzstan layak ke kejohanan futsal AFC 2016 setelah bersaing sengit di pusingan kelayakan zon tengah. Mereka menang 3-2 ke atas Tajikistan dan seri dengan pasukan Turkmenistan dan Afghanistan.
ARAB SAUDI (penampilan pertama)
Arab Saudi akan membuat penampilan pertama mereka di kejohanan futsal AFC tahun ini selepas muncul tempat ketiga terbaik di Zon Barat. Mereka juga telah mengisi kekosongan yang diletakkan oleh pihak AFC berikutan penggantungan FIFA ke atas Kuwait, yang telah menempah tempat mereka selepas menduduki tempat keempat di Vietnam 2014.
Kumpulan B
IRAN (penampilan ke-14)
Juara tujuh edisi pertama kejohanan futsal AFC. Iran telah melepaskan peluang mereka untuk menjadi juara kali ke lapan berturut-turut apabila mereka tewas di peringkat separuh akhir pada tahun 2006 oleh Jepun. Jepun adalah pasukan pertama dalam sejarah kejohanan itu untuk mengalahkan Iran apabila mereka menang 3-1 di peringkat kumpulan pada tahun 2005. Iran kembali menujuk kehebatan mereka apabila mereka kembali pada tahun 2007 dengan mengalahkan pasukan Jepun pada perlawanan akhir dengan jaringan 4-1. Mereka terus mengekalkan kejuaraan pada dua edisi seterusnya di Thailand ( 2008) dan Uzbekistan (2010). Pada tahun 2012 mereka tewas ke atas pasukan Thailand di peringkat separuh akhir dan Jepun sekali lagi memusnahkan harapan mereka pada tahun 2014 setelah Iran tewas pada penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir.
IRAQ (penampilan ke-10)
Hanya setahun selepas membuat penampilan pertama di kejohanan futsal AFC di Iran pada tahun 2001 mereka kembali dengan satu pasukan yang lebih bersedia dan ia dibuktikan apabila mereka mara ke suku akhir setelah menjadi pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan di Indonesia pada tahun 2002. Pasukan Iraq mencatatkan kemenangan luar biasa 20-1 ke atas Brunei. Sejak itu,pasukan Iraq yang layak ke Uzbekistan 2016 setelah menjadi naib juara zon selantan kumpulan B, tidak dapat ke peringkat kalah mati dalam tujuh penampilan berikutnya di kejohanan futsal AFC.
CHINA (penampilan ke-11)
Pasukan China membuat penampilan pertama mereka pada kejohanan futsal AFC pada tahun 2002 di Indonesia. China telah layak ke peringkat separuh akhir dua kali pada tahun 2008 dan 2010 namun mereka akur dengan kekalahan kepada Thailand dan Uzbekistan. Pada dua tahun tersebut pasukan China terpaksa berpuas hati di tempat keempat setelah tewas kepada Jepun. Mereka menempah tempat pada kejohanan futsal AFC 2016 apabila mereka berjaya di kelayakan Zon Timur tanpa ditewaskan sepanjang kelayakan tersebut.
JORDAN (penampilan pertama)
Salah satu daripada dua pasukan yang membuat penampilan pertama di kejohanan futsal AFC. Permulaan pasukan Jordan yang tidak baik dalam Kumpulan A kelayakan Zon Barat apabila mereka tewas 5-2 dengan pasukan Lebanon. Namun pasukan Jordan bangkit dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan Arab Saudi dan 7-3 ke atas pasukan Bahrain. Kemenangan tersebut menjadikan mereka menjadi naib juara kumpulan A dan sekaligus berjaya menempah tiket ke Tashkent, Uzbeskistan.
Kumpulan C
THAILAND (penampilan ke-14)
Raja futsal Asia Tenggara, Thailand tidak asing lagi di arena futsal asia. Penampilan ke 14 mereka di kejohanan futsal AFC ini. 4 kali terkandas di pusingan separuh akhir dan dua kali tewas di perlawanan akhir ke atas pasukan Iran (2008) dan Japan (2012). Thailand berjaya menempah tiket ke Tashkent dengan mudah apabila mereka menjadi johan kumpulan A di zon Asean setelah memenangi ke semua perlawanan di peringkat kumpulan dengan menjaringkan 42 gol dan hanya bolos 5 gol sahaja.
VIETNAM (penampilan ke-4)
Menjadi naib juara di belakang Australia dalam Kumpulan B di pusingan kelayakan Zon Asean. Pasukan Vietnam tewas tipis kepada pasukan Australia dengan jaringan 6-5. Keputusan ini membuktikan bahawa pasukan Vietnam adalah pasukan yang harus diperhatikan di kejohanan futsal AFC ini. Mereka yang membuat penampilan keempat pada tahun ini pasti ingin membuat satu kejutan. Jika dilihat dari persediaan pasukan ini mereka mampu memberi saingan sengit di kejohanan ini. Selepas membuat penampilan pertama pada tahun 2005 apabila mereka menjadi tuan rumah kejohanan itu, Vietnam kembali bertanding pada tahun 2010 sebelum mara ke suku akhir buat kali pertama pada 2014 di Vietnam.
CHINESE TAIPEI (penampilan ke-11)
Chinese Taipei telah mengambil bahagian dalam semua kejohanan futsal AFC sejak penampilan pertama mereka pada tahun 2001. Namun hanya satu edisi mereka gagal melayakkan diri iaitu pada tahun 2007 dimana Jepun menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun tersebut. Chinese Taipei pernah menjadi tuan rumah Kejohanan fustal Dunia pada tahun 2004. Chinese Taipei layak ke Uzbekistan 2016 sebagai naib juara dibelakang pasukan China pada pusingan kelayakan Zon Timur. Mereka menempuh perlawanan sengit sepanjang pusingan kelayakan apabila mereka tewas kepada pasukan China dan mereka berjaya menewaskan Korea Republic (6-4), Hong Kong (6-5) dan Mongolia (5-3).
TAJIKISTAN (penampilan ke-9)
Penampilan terbaik pasukan Tajikistan apabila mereka berjaya ke pusingan suku akhir pada tahun 2007, namun mereka tersingkir apabila tewas 3-1 kepada pasukan Uzbekistan. Tajikistan telah mengambil bahagian dalam tujuh edisi terakhir Kejohanan Futsal AFC sebelum. The Tajiks berjaya menempah tiket ke Tashkent, Uzbekistan apabila berjaya menjadi naib juara di belakang pasukan Kyrgystan di pusingan kelayakan Zon Tengah di Khujand.
Kumpulan D
JAPAN (penampilan ke-14)
Salah satu daripada lima pasukan yang telah mengambil bahagian dalam setiap edisi Kejohanan Futsal AFC sejak penubuhannya kejohanan ini pada tahun 1999 dimana ketika itu Malaysia menjadi tuan rumah yang pertama. Jepun menjadi pasukan pertama yang berjaya memberi saingan kepada pasukan Iran apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan itu di peringkat separuh akhir sekaligus memenangi gelaran pada tahun 2006 dengan kemenangan 5-1 ke atas tuan rumah sama Uzbekistan pada perlawanan akhir. Sekaligus ia menamatkan rekod kejuaraan pasukan Iran. Jepun yang merupakan juara pada edisi tahun 2014 pasti ingin mengekalkan kejuaraan pada tahun ini.
AUSTRALIA (penampilan ke-7)
Sejak menjadi ahli Persekutuan Bola Sepak Asia pada tahun 2006, Australia berjaya melayakkan pasukan dalam setiap edisi Kejohanan Futsal AFC tetapi tidak berupaya ke pusingan akhir kejohanan tersebut. Pada tahun 2012 apabila mereka berjaya sampai ke pusingan separuh akhir tetapi tewas kepada juara, Jepun dan hanya berpuas hati di tempat keempat apabila tewas sekali lagi di penentuan tempat ketiga di atas pasukan Iran. The Futsalroos, layak ke Uzbekistan 2016 apabila memenangi keempat-empat perlawanan ddengan menjaringkan 37 gol dan sekali gus menjadi juara Kumpulan B daripada kelayakan Zon ASEAN.
MALAYSIA (penampilan ke-11)
Tuan rumah pertama kejohanan futsal AFC yang julung kali diadakan pada tahun 1999, Malaysia telah memastikan penampilan ke-11 dalam kejohanan ini apabila berjaya menjadi naib juara di belakang pasukan Thailand dalam kumpulan A kelayakan Zon Asean. Pasukan Malaysia berjaya peroleh kemenangan selesa ke atas Brunei (9-1), Timor Leste (7 -2) dan Singapura (5-0) dan 6-1 di tangan pasukan tuan rumah Thailand. Pada penampilan terakhir pasukan Malaysia di kejohanan futsal AFC pada tahun 2014 mereka menduduki tempat tercorot kumpulan dimana mereka hanya mengumpul tiga mata dengan pasukan Chinese Taipei dan hanya satu mata di belakang Lebanon yang menduduki tempat kedua.
QATAR (penampilan ke-3)
Qatar pertama kali melayakkan pasukan di kejohanan futsal AFC pada tahun 2005 dan selepas kekalahan kepada Korea Republic, Tajikistan, dan Chinese Taipei di pusingan awal, mereka mencatatkan kemenangan pertama ke atas pasukan Guam dengan jaringan 14-4 dalam pertandingan kategori plat (pusingan kedua). Qatar kembali pada tahun 2012 di mana mereka menewaskan Korea Selatan 6-3 untuk menduduki tempat ketiga Kumpulan C di belakang Australia dan Iran. Setelah gagal untuk melayakkan diri ke Vietnam 2014, mereka kembali layak pada tahun ini buat kali ketiga.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.