6 Perlawanan Futsal Untuk Anda Tengok Minggu ini!
On March 30, 2021 by Wak PivotBuat peminat futsal yang rindu untuk tengok perlawanan futsal, FiveTV membawakan kepada anda 6 perlawanan pra musim Malaysia Premier Futsal League 2021 bermula Rabu ini secara langsung.
4 pasukan akan terlibat dalam siri perlawanan pra musim ini iaitu pasukan Pahang Rangers, Sabah, Penang dan juga Kuala Lumpur City. Persediaan bagi menghadapi MPFL yang dijangka bermula pada Jun depan. Seperti kita tahu Pahang Rangers, Penang dan KL City merupakan pasukan yang bertanding di MPFL sebelum ini manakal Sabah bakal membuat debut nanti.
Bagi penonton yang mahu lihat perlawanan ini, FiveTV menawarkan pakej dengan harga RM 10 untuk sehari dua perlawanan atau untuk lebih jimat boleh dapatkan tiket untuk tonton semua perlawanan dengan harga RM 25.
Untuk pembelian tike anda boleh layari https://fivetv-play.com/tickets/ dan perlawanan ini semua anda boleh tonton menerusi aplikasi PLAY yang boleh download di Google Play atau pun Apple Store.
Berikut merupakan Jadual Perlawanan:
31 Mac
8.00pm Pahang Rangers FC vs Sabah FA
9.30pm Kuala Lumpur City FC vs Penang FA
2 April
8.00pm Kuala Lumpur City FC vs Pahang Rangers FC
9.30pm Penang FA vs Sabah FA
4 April
2:30pm Penang FA vs Pahang Rangers FC
4:00pm Kuala Lumpur City FC vs Sabah FA
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.