5 Bintang Bola Sepak Dunia Asalnya Pemain Futsal. No 2 Tak Sangka Betul!
On November 2, 2020 by WanShaSiapa sangka sebelum menjadi seorang pemain bola sepak yang terkenal, mereka juga menjadikan futsal medium utama untuk mengasah bakat dan mencipta kemahiran dalam pelbagai aspek sehingga menjadi bintang bola sepak dunia. Terdapat ramai pemain-pemain bola sepak yang bermula dengan futsal, tapi di sini kami senaraikan 5 pilihan utama:
- Neymar da Silva Santos Junior
Lebih dikenali dengan nama Neymar Jr. dan dia pernah mengakui bahawa futsal merupakan satu daripada sebab dia menjadi seorang pemain yang berkemahiran tinggi dalam karier bola sepaknya sehingga hari ini. Petikan daripada Munin Sport, Neymar berkata, “ketika kita bermain futsal, ia memaksa diri untuk berfikir dengan pantas dan membuat tindakan dengan lebih cepat. Jika kita leka sesaat, bola akan hilang”.
- Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
Bintang bola sepak paling terkenal dunia Crisiano Ronaldo yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di akaun instagram sebanyak 241M ini juga asalnya bermula dengan bermain futsal di zaman kanak-kanak. Siapa sangka dengan hanya bermain futsal di lorong boleh jadi bintang terkenal dunia? Korang pun boleh!
Cristiano Ronaldo ada mengatakan di Futsal Feed, saiz gelanggang yang kecil banyak membantunya dalam meningkatkan kemahiran kawalan bola. Dia juga menyokong penuh bahawa futsal sangat penting dan mampu membantu dalam mengembangkan lagi kemahiran individu dalam bola sepak.
- Lionel Andres Messi Cuccittini
Korang mesti kenal dengan Lionel Messi kan, seteru Cristiano Ronaldo tak kira atas padang mahupun ketika anugerah-anugerah bola sepak! Pemain kidal yang bermain di Barcelona sejak berusia 13 tahun pada tahun 2000 ini turut mengakui ketika dirinya masih kecil, dia bermain futsal di lorong serta untuk kelabnya ketika itu. Kalau Messi mula sertai pasukan senior Barcelona di usia 17 tahun, siapa pemain bola sepak negara yang bermain untuk Malaysia di usia yang sama? Ingat tak?
Messi akui bahaya bermain futsal itu sangat menyeronokkan. Futsal jugalah yang menjadikan dirinya hebat sehingga hari ini. Hebat sokmo boh!
- Edison Arantes do Nascimento
Tengok nama panjang ni mesti korang tak kenal kan, tapi disebalik nama ini adalah Pele! Legenda bola sepak Brazil yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pele merupakan pemain yang berasal dari Três Corações, Brazil mula bermain untuk negaranya bermula tahun 1957 sehingga 1971. Malaysia baru Merdeka tahun tu! Beliau telah membuat penampilan sebanyak 496 kali dengan jumlah 504 gol untuk kelab bola sepak Santos di zaman kegemilangannya dari tahun 1956 sehingga 1974.
Komen Pele tentang futsal, permainan ini memerlukan kita untuk berfikir dan bermain dengan pantas. Selain itu, dalam “Soccer World Magazine”, dia turut menegaskan futsal sangat penting dalam memantapkan kemahiran kawalan bola, daya fikir dan hantaran bola yang kemas.
- Philippe Coutinho Correia
Seorang lagi pemain dari Brazil, Philippe Coutinho yang bermula dari futsal! Nama dia ni mula menyerlah ketika bersama pasukan Liverpool & sekarang dia bermain dengan Bayern Munich secara pinjaman dari Barcelona. Coutinho mula bermain futsal di usia 6 tahun. Setahun selepas itu, dia ke Vasco Da Gama sertai pasukan tersebut sehingga usia 13 tahun dan dia putuskan untuk terus fokus dalam bola sepak.
Petikan daripada UEFA, Coutinho berkata, futsal banyak membantu dalam permainannya. Futsal mendesak untuk berfikir dengan pantas, membuat keputusan segera di dalam tekanan dan meningkatkan kemahiran kawalan bola.
Jadi, apa kata anda? Adakah futsal hanya permainan untuk di isi pada waktu lapang atau untuk merealisasikan cita-cita yang anda impikan?
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.