
34 pemain dipanggil untuk menyertai Latihan Pusat, Pusat Sukan Tumpuan Futsal (PST) Fasa 03/2016
On April 8, 2016 by FixoInternational Islamic University Malaysia (IIUM) selaku Pusat Sukan Tumpuan (Futsal) telah mengenalpasti beberapa pemain berpotensi daripada IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej komunit untuk menjalani sesi latihan pusat pasukan futsal PST.
Sebanyak 34 pemain akan dipanggil untuk menyertai Latihan Pusat, Pusat Sukan Tumpuan Futsal (PST) Fasa 03/2016 yang akan bermula pada 10 hingga 21 April 2016 berpusat di International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak.
Rata-rata pemain yang dipanggil ini dipilih ketika pusingan kelayakkan Liga Futsal IPT tempoh hari dan selebihnya adalah pelatih yang masih kekal dari latihan pusat PST Fasa 1 2016. Kesemua pemain ini akan menerima latihan insentif sepanjang tempoh latihan pusat tersebut yang diketuai oleh ketua jurulatih pasukan futsal PST iaitu Wan Suratman Wan Adnan.
Menurut salah seorang pemain yang dipanggil iaitu Farhan Baahrim yang mewakili pasukan Politeknik Pahang, beliau gembira kerana diberi peluang untuk menyertai latihan pusat PST Fasa 3 pada kali ini. Beliau turut tersenarai dalam latihan pusat PST fasa 2 sebelum ini.
“Saya akan memberikan komitmen dan aksi terbaik sepanjang latihan pusat nanti dan berharap agar saya terus kekal dalam pasukan ini” kata beliau.
Kesemua pemain ini akan disenarai pendek untuk menjadi satu pasukan yang baik dan pemain yang dipilih nanti akan menandatangi kontrak bersama pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
Senarai Nama Pemain Latihan Pusat, Pusat Sukan Tumpuan Futsal (PST) Fasa 03/2016
1. Muhammad Asadullah Mohd Nadzri (UiTM)
2. Zharil Izad Ruslan (UiTM)
3. Muhammad Syazwie Mohd Shafee (UiTM)
4. Muhammad Umar Shafiz Samsuri (UiTM)
5. Ahmad Faisal Wahab (UNISZA)
6. Muhammad Hafiz A.Bakar (UNISZA)
7. Mohd Alif Haiqal Mohd Zaini (P.Pahang)
8. Muhd Farhan Baahrim (P.Pahang)
9. Mohd Shafiq Mohd Tahir (P.Pahang)
10.Muhammad Shafiazsar Mohd Pahani (UMT)
11.Aizat Sa’ari (UMT)
12.Khairul Rozikin Abu Kasim (USIM)
13.Mohd Shafarul Azlam MD Saad (UPSI)
14.Muhammad Arif Johan Johari (UNIKL UBIS)
15.Muhammad Ariff Ibrahim (IIC)
16.Abdul Samad Ahmad Zulkifli (UiTM Melaka)
17.Muhammad Nazmi Mohamad Norrizal (UTHM)
18.Muhammad Syazwan Mohd Sobri (UTHM)
19.Muhammad Nazrin Mazlan (UNIKL BMI)
20.Dhiyaul Mohamad Ezdiaq Dawani (UNIKL BMI)
21.Mohamad Imanazuan Mohd Daud Iman (UNIKL MITEC)
22.Kamarul Nidzam Kamaruzzaman (UNIKL MITEC)
23.Muhammad Zuhairi Mohd Zamzuri (UNIKL MITEC)
24.Ahmad Azim Mohamad (UNITEN)
25.Mohd Alif Farhan Hassan (IIUM)
26.Wan Shahmi Farhan Wan Mahmud (IIUM)
27.Helmi Mohammad Kasim (UNIMAP)
28.Mohamad Harris Fikri Redzuan (UiTM Pahang)
29.Don Faris Afiq Don Rashid (GMI)
30.Mohamad Farhan Mohd Fauzi (UNIKL MSI)
31.Afizudin Othman (IIUM Kuantan)
32.Muhammad Azzuar Rodzi (UMP)
33.Muhammad Uzair ABD Rahim (UNITEN Putrajaya)
34.Mohammad Danial Mohammad Suhaimi (UNITEN Putrajaya)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.