3 Pingat Daripada 4 Edisi Sukan SEA. Ini Pencapaian Skuad Futsal Kebangsaan Yang Anda Perlu Tahu.
On May 9, 2022 by Wak GoleiroSelepas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, acara futsal kembali dipertandingkan di Sukan SEA 2021 Vietnam yang akan membuka tirai 11 Mei sehingga 20 Mei. Setakat ini futsal sudah dipertandingkan sebanyak 4 kali bermula di Thailand pada tahun 2007, Indonesia 2011, Myanmar 2013 dan kali terakhir di Malaysia 2017.
Hanya Sukan SEA edisi 2009 di Laos dan 2015 di Singapura acara futsal tidak dipertandingkan berikutan mereka bukan kuasa besar dalam sukan ini dan ada kelebihan untuk memilih sukan yang akan dipertandingkan.
Pencapaian terbaik skuad futsal kebangsaan di Sukan SEA untuk kategori lelaki adalah menjadi naib juara buat dua edisi di Thailand 2007 dan Kuala Lumpur 2017. Di penyertaan kali pertama pada 2007 ketika itu kita dilatih P. Balakrishnan dan dia berjaya membawa skuad ini meraih pingat Perak. Kita tewas kepada tuan rumah Thailand dengan keputusan 0-5.
Antara pemain yang beraksi ketika itu kini sudah mencipta nama dalam bidang kejurulatihan seperti Addie Azwan, Muizzuddin Haris, Ruzaley Aziz, Devandran Supramanium dan juga Jamhuri Zainuddin yang merupakan ketua jurulatih skuad futsal wanita ketika ini.
Bagi skuad futsal wanita pula pencapaian terbaik kita di edisi 2013 dengan meraih kedudukan ketiga sekaligus menyumbang pingat Gangsa buat kontinjen Malaysia. 6 pemain yang beraksi di edisi 2013 akan membantu skuad terkini di Sukan SEA Vietnam. 4 pemain dan 2 lagi dalam barisan kejurulatih. Pemain tersebut adalah Hanis Farhana, Norhawa, Fatin Shahida dan Nur Shazreen sementara Farhana Abdullah sebagai pembantu jurulatih serta Noorhanyanti Salleh sebagai jurulatih penjaga gol.
Berikut merupakan pencapaian skuad futsal kebangsaan di Sukan SEA:
Sukan SEA 2007 Thailand
Lelaki – Perak
Wanita – Tempat Keempat
Sukan SEA 2011 Indonesia
Lelaki – Tempat Keempat
Wanita – Tidak bertanding
Sukan SEA 2013 Myanmar
Lelaki – Peringkat Kumpulan
Wanita – Gangsa
Sukan SEA 2017
Lelaki – Perak
Wanita – Gangsa
Kredit Foto : Feroz Karnim & Hanis Farhana
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.