Perlis ‘borong’ 19 Pemain Futsal Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Skuad futsal Perlis tampak serius untuk mencabar kejuaraan Liga Futsal Profesional Malaysia tahun ini selepas memborong 19 pemain kebangsaan. Jumlah itu membabitkan sembilan pemain lelaki dan 10 wanita yang akan menjadi taruhan skuad Singa Utara dalam usaha Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) melakukan transformasi pasukan futsal mereka. Malah Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit […]