12 Pemain Muda Produk AMD Batch Kedua Diikat Selangor & Johor Darul Ta’zim
On November 29, 2020 by Wak GoleiroSeperti kita tahu musim ini para pemain batch pertama Program Pembangunan Bola Sepak Negara atau Akademi Mokhtar Dahari mula mencipta nama mereka di Liga Malaysia dan menarik perhatian peminat bola sepak negara.
Antara yang menyerlah adalah seperti Luqman Hakim yang bersama pasukan KV Korthik di Liga Belgium. Selain itu pemain lain yang berada di Malaysia juga baik seperti Zikri Khalili, Harith Haiqal, Sikh Izhan, Azrin Afiq di Selangor II serta Umar Hakeem dan Alif Mutalib di Johor Darul Ta’zim II.
Manakala pemain selebihnya banyak bersama pasukan Belia dan Presiden Selangor dan JDT. Hanya dua pasukan ini yang dilihat memborong kesemua pemain batch pertama AMD tahun ini. Sekali lagi untuk musim akan datang 12 pemain sudah disambar dua pasukan ini.
12 pemain ini merupakan pemain yang berada dalam skuad B-17 di Kejohanan Piala Jenesys 2020 di Jepun Mac lepas.Antara yang bakal mencuri tumpuan adalah Syukur Fariz dan Najmudin Akmal yang turut bersama pemain-pemain first batch di dalam skuad B-16 ketika Kejohanan AFC B-16 Kuala Lumpur 2018.
Bersama skuad mana mereka akan ditempatkan masih tidak pasti tapi tak mustahil kalau mereka dapat tempat di skuad utama jika dapat perform dan menarik minat barisan kejurulatihan.
Berikut merupakan 12 pemain yang bakal sertai Selangor dan JDT:
Selangor
Faiz Amer Runnizar – Pertahanan
Syahmi Adib Haikal – Penjaga Gol
Abdul Afiq Hilman – Sayap
Haiqal Haqeemi Hairi – Tengah
Khairi Suffian – Penyerang
Syed Zaris Irfan – Pertahanan
Johor Darul Ta’zim
Hazir Ridhwan – Pertahanan
Naqiu Aiman – Pertahanan
Najdmudin Akmal – Penyerang
Marwan Rahman – Pertahanan
Syukur Fariz – Tengah
Ziad El Basheer – Tengah
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.