Addie Azwan Ketua Jurulatih Futsal Malaysian๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

FAM mengesahkan Addie Azwan Zainal secara rasmi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Futsal Harimau Malaya, menggantikan Rakphol Sainetngam. Pelantikan ini hadir tepat pada masanya menjelang tugasan besar AFC Futsal Asian Cup 2026 yang bakal membuka kempen Malaysia hujung bulan ini.

Addie bukan nama asing dalam struktur futsal negara. Beliau memiliki pengalaman panjang bersama skuad kebangsaan sebagai pembantu jurulatih di bawah beberapa pengendali antarabangsa serta pernah mengetuai skuad futsal wanita Malaysia. Faktor ini menjadikan beliau pilihan paling logik untuk memastikan kesinambungan falsafah permainan dan kestabilan pasukan.

Bekas pengendali skuad futsal Malaysia, Rakphol Sainetngam, melihat pembantunya, Addie Azwan Zainal, sebagai calon paling sesuai untuk mengisi kerusi panas skuad kebangsaan. Bekas pivot kebangsaan yang masih memegang rekod most cap dan masih memegang jumlah gol paling banyak untuk pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Menurut jurulatih dari Thailand itu, Addie bukan sekadar memahami falsafah permainan yang dibina sepanjang tempoh kerjasama mereka, malah sudah benar-benar mengenali karakter dan kemampuan pemain tempatan.

โ€œBeliau seorang jurulatih yang bagus dan tahu gaya permainan saya.Beliau juga sudah memahami para pemain. Sepanjang lebih dua tahun setengah bekerja bersama, Addie dilihat sebagai figura penting di belakang tabir, bukan sahaja sebagai pembantu, tetapi rakan diskusi yang aktif menyumbang idea taktikal. Saya sokong Addie bukan hanya kerana beliau jurulatih tempatan,tetapi kerana beliau mempunyai pengetahuan yang luas dan idea yang baik. Kadang-kadang saya sendiri mendapat idea daripada beliau.โ€ Ujar bekas ketua jurulatih Malaysia Coach Hamee.

Dengan Piala Asia Futsal 2026 semakin hampir, kepercayaan ini bukan datang tanpa asas. Addie Azwan dianggap memiliki kefahaman mendalam tentang DNA futsal Malaysia serta cabaran di peringkat antarabangsa.

Barisan kejurulatihan
Setakat ini barisan kejurulatihan penuh masih belum diumumkan secara rasmi. Namun Arena Futsal menjangkakan Muizzudin Haris, ketika ini bersama skuad B19, serta Firdaus Razali, jurulatih penjaga gol skuad wanita Malaysia dan Selangor FC, berpotensi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Asming Talek.

Kini fokus sepenuhnya terarah kepada misi AFC Futsal Asian Cup 2026 dan bagaimana sentuhan Addie Azwan bakal membentuk wajah baharu futsal Harimau Malaya.