๐—™๐—œ๐—š๐—ข๐—ฆ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—จ๐—ง๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—–๐—จ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—” ๐—™๐—จ๐—ง๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”

๐—ฃ๐—จ๐—–๐—›๐—ข๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Edisi kelima Figos International Futsal Cup 2026 sekali lagi membuktikan statusnya sebagai antara kejohanan futsal remaja antarabangsa paling berprestij di rantau ini apabila menghimpunkan pasukan-pasukan dari Malaysia, Taiwan, Indonesia dan Australia.

Kejohanan yang dianjurkan oleh West Malaysia Futsal (WMF) dengan kerjasama FIGOS, WNZ Sports Arena dan RKS Sports Centre itu berlangsung dengan penuh meriah sepanjang minggu, menampilkan persaingan sengit dalam kategori Boy’s Under-17, Women’s Youth dan Men’s Youth.

๐——๐—ผ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ผ๐˜†’๐˜€ ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ-๐Ÿญ๐Ÿณ

Kategori Boy’s Under-17 menyaksikan Court Soccer dari Malaysia muncul juara baru selepas menewaskan Mota 3-1 dalam perlawanan akhir Grand Cup. Kejayaan tersebut melengkapkan kempen cemerlang Court Soccer sepanjang kejohanan.

Sementara itu, Al-Adiyat dari Indonesia berjaya merangkul kejuaraan Plate Final selepas menewaskan Australia 4-3 dalam aksi yang mendebarkan.

Family Azfa dari Indonesia pula menamatkan saingan dengan bergaya apabila menjuarai Bowl Final hasil kemenangan 3-0 ke atas LiuJiao dari Taiwan.

๐—ฆ๐—ต๐˜‚๐—ถ-๐—Ÿ๐—ถ ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐˜‚๐—น ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ช๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ป’๐˜€ ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚๐˜๐—ต

Dalam kategori Women’s Youth, pasukan Shui-Li dari Taiwan akhirnya berjaya menamatkan penantian untuk bergelar juara selepas membelasah Taitung “B” (Taiwan) 9-0 dalam perlawanan akhir Grand Cup.

Kejayaan itu cukup bermakna buat Shui-Li yang sekadar bergelar naib juara pada edisi tahun lalu.

Pasukan Taitung “A” (Taiwan), yang merupakan juara bertahan, menamatkan kejohanan di tempat ketiga selepas menewaskan LiuJiao (Taiwan) 9-0 dalam perlawanan Plate Final.

๐—™๐˜‚๐˜…๐—ถ๐—ป๐—ด (๐—•) ๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป’๐˜€ ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚๐˜๐—ต

Kategori Men’s Youth menyaksikan Fuxing (B) dari Taiwan mencipta sejarah tersendiri apabila menewaskan Australia menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa perlawanan.

Kejayaan tersebut cukup istimewa kerana Fuxing (B) merupakan juara kategori Boy’s Under-17 pada edisi lalu, sebelum berjaya menawan kategori Men’s Youth tahun ini.

Dalam perebutan tempat ketiga, juara bertahan Fuxing (A) menewaskan Taipei University of Marine Technology 6-3 untuk menamatkan saingan di tempat ketiga.

PD United pula meraih kejuaraan Bowl Final selepas menewaskan Uniten Thunder 3-2 hasil jaringan kemenangan Indra Qalbi lima minit sebelum wisel penamat.

๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ณ๐˜‚๐˜๐˜€๐—ฎ๐—น ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ

Figos International Futsal Cup 2026 bukan sahaja menjadi pentas persaingan, malah berfungsi sebagai medium untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara negara serta melahirkan lebih ramai bakat muda dalam arena futsal antarabangsa.
Penyertaan pasukan dari pelbagai negara membuktikan bahawa kejohanan ini terus berkembang dan menjadi antara acara futsal remaja paling berprestij di rantau Asia-Pasifik.