ZYZ FC A Raja Futsal Sarawak

Sebanyak 35 pasukan yang mencuba nasib di Raja Futsal Sirkit Sarawak yang berlangsung di KB Futsal Arena pada Ahad lalu.

Dalam perlawanan separuh akhir menyaksikan ZYZ FC A berjaya menewaskan Legendary’s dengan jaringan 3-0 manakala KBU FC tewas kepada MYG dengan jaringan 2-4, melayakkan mereka ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir Raja Futsal Sirkit Sarawak ini menyaksikan ZYZ FC A berjaya menewaskan MYG dengan jaringan 3-2.

Manakala di tempat ke-3 bersama diperolehi oleh pasukan KBU FC dan Legendary’s.

Selepas ini kejohanan ini akan berlangsung di Penang pada 9 September, ahad ini. Agak-agak siapa Raja Futsal Penang? Sama-sama kita nantikan.