Zur’ain Ingin Bawa Pasukan Malaysia Ke Final

Setiap individu yang bertanding sudah semestinya mempunyai harapan yang tinggi, sama seperti pemain muda yang bermain di kelab KL Felda United di LFK 2018 ini, Zur’ain Kamaruddin.

Menurut pemain jersi nombor 14 di Sea Games lalu, pengalaman yang diperolehi secara peribadi belum cukup untuk membantu skuad negara.

Walaubagaimanapun, dia sedar akan tanggungjawab dan mengakui bahawa dia perlu bekerja lebih keras untuk mencapai target yang dimahukan skuad negara.

Arena Futsal Malaysia menyokong penuh dan mendoakan agar impian Ain menjadi kenyataan.

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie