ZM FT Raja Futsal Negeri Sembilan!

Selepas 2 sirkit kejohanan Raja Futsal diteruskan di Negeri Sembilan yang berlangsung di Ultimate Sport Haus pada Ahad lepas.

Edisi di Negeri Sembilan menerima penyertaan terbanyak setakat ini dengan 90 pasukan mengambil bahagian untuk merebut dua slot ke Grand Final Raja Futsal.

Walaupun berlangsung di Negeri Sembilan, kehadiran pasukan-pasukan dari Lembah Klang menjadikan ia lebih menarik dan sengit.

Malah perlawanan akhir turut dimonopoli oleh pasukan lembah Klang dimana ZM FT muncul juara dengan menewaskan TJJ FC 2-0.

Tempat ketiga bersama pula jatuh kepada pasukan SS Five Johor B dan MYG FC A.

Selepas ini kejohanan ini akan berlangsung di Terengganu pada 18 Ogos pula. Agak-agak siapa Raja Futsal Terengganu? Sama-sama kita nantikan.