Zharil mahu rakan-rakan tunjuk aksi terbaik di SUKMALINDO

SUKMALINDO adalah Sukan Persahabatan Atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan Indonesia. Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara,terutamanya hubungan mahasiswa dan mahasiswi dalam mengenali budaya dan adat resam bangsa, menerapkan nilai toleransi dan hubungan persahabatan serta bersaing secara sihat terutama dalam bidang sukan.

Kejohanan ini yang memasuki edisi ke 9 tahun ini akan diadakan di Malaysia dimana UniSZA menjadi tuan rumah bagi menempatkan atlet kedua-dua buah negara ini.

2016-09-25_-_9th_sukmalindo

Sebanyak 5 acara akan dipertandingkan pada kali ini iaitu Badminton, Sepak Takraw, Bola Tampar, Memanah dan juga futsal. Kesemua perlawanan ini akan berlangsung pada hari esok dan bagi acara futsal akan bermain di Gelanggang futsal UniSZA.

Sebanyak 12 pemain telah dipanggil untuk membawa cabaran Malaysia di SUKMALINDO edisi ke 9 ini. Kesemua pemain merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah dipilih melalui liga IPT baru-baru ini.

Mengulas mengenai kejohanan ini Ketua pasukan Futsal IPT Malaysia, Zharil Izad Ruslan memberitahu bahawa ia merupakan satu program yang baik buat kami semua para pelajar untuk mengenali rakan dan budaya yang baru. Melalui sukan kami dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

“Walaupun ia adalah satu perlawanan persahabatan saya berharap kami semua dapat memberikan satu aksi yang terbaik di perlawanan tersebut. Jika dilihat ramai pelajar IPT Indonesia aktif bermain futsal di Liga utama mereka. Jadi pasti mereka akan memberikan saingan yang kuat kepada kami nanti”, kata Zharil.

dad