Zhafri Yahya Produk Remaja Semangat Pejuang (RSP)

Nama beliau mungkin tidak sehebat atau popular dikalangan peminat dan pemain futsal di Malaysia ini. Namun Zhafri Yahya ini mula mencipta nama di arena bola sepak. Beliau merupakan produk pasukan remaja yang ternama satu ketika dulu iaitu pasukan Remaja Semangat Pejuang (RSP) yang berpengkalan di Klang, Selangor. Pasukan yang sering kali mencipta nama di kejohanan bawah umur di Malaysia. Zhafri yang aktif bermain futsal ketika di bangku sekolah dulu kini mencipta nama di arena bola sepak dan beliau kini bermain di pasukan Kuala Lumpur FA di Liga Perdana.

MELAKA 12 FEBRUARY 2016. Penyerang pasukan PKNS, Gonzalo Sato ( No 12) diasak pemain pasukan Kuala Lumpur, Zhafri Yahya (No 20) dalam pertemuan Liga Perdana di stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD

Kami tertarik dengan corak permainan yang ditunjukkan beliau daripada beberapa perlawanan di Liga Perdana serta Piala FA . Pemain muda yang berumur 22 tahun ini telah diberikan kepercayaan oleh jurulatih nya untuk berada di first eleven pasukan dimana beliau bermain di posisi tengah. Walaupun liga baru sahaja bermula dan masih awal untuk dinilai, kami percaya beliau bakal menyinar satu hari nanti.

Krew Arena Futsal Malaysia berjaya untuk menemu ramah beliau.

AFM : Boleh ceritakan sedikit bagaiman karier anda sebagai pemain bola sepak/futsal bermula?
ZY : Saya bermain futsal pada umur saya 10 tahun dimana ketika itu saya banyak bermain di liga amatur bawah 12 dan 17 bersama team Remaja Semangat Pejuang (RSP) yang dahulu dikenali di sekitar lembah klang . Pada masa yang sama saya juga aktif bermain bola sepak. Saya terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak MSSM Selangor bawah 15 dan bawah 17 tahu. Tamat sahaja persekolahan saya bermain dengan pasukan PKNS untuk piala presiden. Saya kemudian menyambungkan pelajaran di UiTM Sri Iskandar Perak dalam jurusan Diploma Quantity Surveyordan ketika saya belajar di UiTM saya diberi peluang untuk mewakili UiTM FC di Liga Perdana. Selepas tamat menghabiskan 3 tahun diploma saya bermain untuk pasukan presiden Selangor. Kini saya bersama senior skuad pasukan Selangor tetapi pada musim ini saya dipinjamkan ke pasukan Kuala Lumpur FA.

AFM : Banyak pemain-pemain bola sepak ternama mengatakan sukan futsal banyak membantu mereka menjadi seorang pemain yang bagus. Pendapat anda? Adakah ia membantu?
ZY : Ya, saya amat bersetuju jika org mengatakan futsal banyk membantu dalam permainan bola sepak . Sebab dari futsal kita boleh menjadi bagus dalam control ball , passing , shooting, and paling penting quick thinking dan banyak lagi.

AFM : Adakah anda pernah dipanggil oleh mana mana pasukan untuk bermain di Liga Futsal Kebangsaan?
ZY : Saya tidak pernah bermain futsal di peringkat tertinggi seperti di Liga Futsal Kebangsaan. Ini kerana masa saya penuh dengan bola sepak. Ada juga sahabat saya pernah ajak pergi selection beberapa pasukan. Namun saya menolak . Mungkin rezeki saya di arena bola sepak dan ia adalah target utama saya.

AFM : Jika diberi peluang untuk kembali ke arena futsal adakah anda akan kembali?
ZY : Jika diberi peluang ke arena futsal, in shaa Allah saya akan terus bermain . Everything about futsal dam bola sepak adalah kesukaan saya .

AFM : Harapan untuk diri anda dan pasukan Kuala Lumpur?
ZY : Harapan saya , saya akan terus berjuang untuk memastikan saya berada dalam prestasi terbaik dalam pasukan Kuala Lumpur FA. Saya juga akan terus berjuang untuk mencipta nama dalam industri bola sepak negara . in shaa Allah .

Foto : hmetro.com.my