Zakry Mahu Harumkan Nama Negara di Kejohanan AFC U20 2019

Kemunculan pertama Muhamad Zakry Asraf Bin Roslan di LFK lalu pada ‘second window’ bagaikan rezeki jatuh dari langit.

Setelah berjaya membantu pasukan yang diwakilinya iaitu Perak FA, Zakry dipanggil untuk sertai skuad negara U20.

Untuk pengetahuan umum, Skuad Negara U20 bakal menghadapi Kejohanan Kelayakan AFC U20 2019 di Thailand pada Disember ini.

Menurut pemain berusia 19 tahun ini, dia mula menceburkan diri di arena futsal ketika berusia 15 tahun. Apa yang lebih menarik lagi, perlawanan pertama yang di sertainya pada ketika itu adalah Kejohanan Hidup Bola Milo di Perak.

Kemudian, ketika berumur 17 tahun, dia bermain bersama pasukan DRFC serta Perak U-19 di Kejohanan Piala Sultan Dzurkarnain dan Perak muncul juara pada ketika itu.

Setelah itu, dia terus melangkah maju apabila layak sertai skuad senior Perak FA di LFK 2018 dan Perak muncul Naib Juara LFK 2018.

Berbalik kepada skuad negara U20, dia berasa sangat bersyukur kerana berpeluang untuk sertai skuad negara U20.

“Saya berasa bangga dan terharu!”, luah Zakry.

Baginya, pengalaman yang diperolehi ketika bersama pasukan Perak yang dibimbing oleh Coach Qusmaini akan dia gunakan sepenuhnya.

“In Sya Allah, dengan keupayaan yang saya miliki, saya akan berusaha keras untuk membantu skuad U20 pergi lebih jauh dan seterusnya berjaya melepasi kelayakan tahun ni”, hasratnya.

Zakry juga berharap agar dirinya dan pasukan mampu membawa pasukan melayakkan diri ke Kejohanan AFC tahun hadapan.

“Sekaligus dapat mengharumkan nama negara!”, kata Zakry menamatkan bualan.