Young Cats Terus Cipta Nama

Kebanjiran pasukan-pasukan futsal di seluruh negara sangat membantu dalam perkembangan futsal negara. Perkara ini tidak terkecuali di negeri Perak apabila beberapa pasukan nama besar mewarnai kancah futsal di sekitar Ipoh khasnya. 

Young Cats ( YC ) merupakan antara pasukan yang mencuri tumpuan ramai dengan kelibat aksi yang berkualiti serta mempunyai para pemain yang berpotensi tinggi.

Pasukan yang berjaya merangkul tempat kedua dalam Liga Futsal Kinta 2016 ini banyak mengecapi kejayaan manis menjuarai beberapa kejohanan yang disertai antaranya adalah di Kejohanan Futsal Bota, Kejohanan Futsal Perkasa dan banyak lagi.

img-20161006-wa0015

Pasukan yang diketuai Mohd Bazli itu juga turut menyertai Liga Bolasepak Ipoh musim ini dan berjaya muncul selaku johan kumpulan bagi melayakkan diri ke pusingan kalah singkir yang akan berlangsung tidak lama lagi. Hal ini membuktikan futsal juga dapat membantu perkembangan para pemain bagi meningkatkan mutu aksi dalam bolasepak.

img-20161006-wa0014

Memperkuatkan lagi kenyataan berikut, beberapa pemain dari pasukan ini telah mengecapi nama dalam bidang bolasepak antaranya Amirul Wa’ie Yaacob ( Piala Presiden Perak ), Firdaus Saiyadi ( Liga Super Perak ), J.Partiban ( Liga Super Sarawak ) dan M.Yoganathan ( Liga Perdana DRB Hicom ).

Hanya Mohd Bazli sahaja yang mempunyai pengalaman beraksi di Liga Futsal Kebangsaan (LFK) dan sehubungan dengan itu pasukan ini dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk terus menyinar dalam kancah ‘liga haram’.

img-20161006-wa0013

“ Kami masih mencari pihak yang sudi menaja pasukan ini untuk meneruskan kelangsungan pasukan kerana ketika ini segala perbelanjaan pasukan adalah kutipan kami sesama ahli pasukan ‘’, ujar Bazli ketika ditemui wakil Arena Futsal Malaysia.