Virtual Face Off – Siapa Akan Menang?

Masih ada yang tak tahu tentang Virtual Face Off. VFO pada awalnya di wujudkan oleh 2 pasukan Kedah FA dan Selangor FC. Ianya hanyalah bertujuan untuk suka-suka dinamakan “unfinished business”. Sepatutnya Kedah akan bertemu Selangor di peringkat suku akhir pada perlawanan Piala Malaysia 2020.

Namun, dengan arahan MKN, PM 2020 terpaksa di batalkan. Jadi, sebab tu lah mereka laksanakan VFO ni. Perlawanan ini dimainkan oleh pemain ke 12 iaitu para penyokong pasukan tersebut.

Cara nak join game tu, penyokong perlu tekan butang LIKE atau LOVE di posting facebook pages rasmi untuk pasukan mereka. Masa hanya diberikan 20 minit dan 5 pusing dibuat mengikut kategori. Bukan facebook saja ya! Story di Instagram dan twitter pun boleh buat undian tau.

Pada yang belum tahu, boleh ke facebook Kedah, Selangor dan Terengganu FC.

Sebelum ini, Selangor tewas kelima-lima perlawanan tersebut. Mungkin penyokong tak perasan dan tak faham pasal game ni. Jadi, kurang undian dari penyokong Selangor sekali gus memberi kemenangan besar buat Kedah.

Penyokong Kedah memang padu bak hang!

Malam ni, bakal menyaksikan Kedah akan menentang Terengganu FC. Kalau tengokkan followers di Facebook, Kedah memiliki 660,207 pengikut manakala TFC hanya 87,866 pengikut sahaja. Di instagram pun boleh tahan. Kedah memiliki pengikut majoriti 215k berbanding TFC 93.4k! Seriuslah? Jauh sangat tu beza! Boleh menang ke TFC?

Apa-apa pun, admin dorang memang sempoi!