Vic Hermans Bakal Membawa Cabaran Indonesia

Bekas ketua jurulatih pasukan Thailand Vic Hermans akan memulakan tugasnnya sebagai jurulatih baru bagi pasukan futsal Indonesia bermula Februari ini.

Vic Hermans dijadualkan tiba di Indonesia pada 1 Februari mendatang ini. Beliau akan memulakan tugas barunya dengan memantau kesemua perlawanan dan pemain di Liga Pro Futsal League 2017 yang bermula pada 4 Februari ini.

Beliau telah diumumkan sebagai jurulatih baru buat pasukan Indonesia pada penghujung tahun lepas namun atas beberapa faktor beliau tidak membawa pasukan itu di AFF Futsal 2016 baru-baru ini.

"Sebelum ini saya pernah bekerja sama dengan beberapa pasukan dan pemain dari Indonesia dan saya berpendapat Indonesia mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi pasukan yang terbaik pada masa akan datang" kata beliau di laman blognya.

Kredit Foto : Bolalob