Vamos Mataram dan Mataram FC Dilatih Jurulatih Dari Malaysia

Qusmaini Noor Rusli, jurulatih dari Malaysia baru sahaja menamatkan klinik kejurulatihan beliau selama 10 hari di sana pada hujung minggu lalu.

Para pemain pasukan Vamos Mataram serta Mataram FC diberi peluang untuk dilatih oleh Coach Qusmaini dimana beliau cuba membawa ilmu baru yang dipelajari oleh beliau sepanjang kursus yang beliau sertai di eropah.

13886963_10209119939468125_397443915877906270_n

Klinik ini juga merupakan platform bagi beliau untuk menunjukkan cara kejurulatihan beliau kepada pihak pengurusan untuk menjadi ketuak jurulatih pasukan Mataram FC yang masih kekosongan.

Menurut komen yang dipetik dari laman sesawang Vamos Mataran oleh Jurulatih Vamos Mataram sendiri, Bonsu Hasibuan. "Sangat bersyukur bisa berlatih bersama Coaching bersama coach Qusmaini, karena ilmu yang di dapat untuk pemain Vamos sangat bermanfaat sekali. Upgrade pengetahuan ilmu futsal modern semoga pemain akan semakin pintar dan paham hari ini dan besok untuk terakhir berlatih bersama Coach Qusmaeni" Ungkap Coach Bonsu.

Semoga berjaya buat coach Qusmaini dan pasukan barunya.

Foto : Vamos Mataram