UniKL BMI Mahu Kekalkan Kejuaraan Piala LFIPT Musim Ini.

Musim baru pada tahun ini menjadi satu cabaran buat pasukan UniKL BMI apabila mereka tampil dengan beberapa muka baru.

Jurulatih pasukan ini Fitri Yatim memberitahu hampir separuh daripada pemain pada musim lepas dan ia menjadi sedikit kesukaran untuk pasukan mereka.

"Saya telah membuat pemilihan terbuka pada tempoh hari untuk mencari pemain-pemain baru bagi mengisi kekosongan yang ada. Ternyata kemenangan kami pada tahun lepas memberi satu impak apabila banyak yang hadir pada sesi pemilihan tersebut", kata Fitri.

UniKL BMI yang berjaya peroleh tempat ketiga liga musim lalu ingin memberi saingan pada kali ini dan merebut kejuaraan liga serta mengekalkan kejuaraan Piala LFIPT yang dimenangi mereka musim lalu.

Beliau turut merasakan saingan sengit akan berlaku pada musim ini dengan kehadiran dua pasukan baru iaitu UKM dan KPTM Bangi  dan pasukan lain sudah pasti membuat persiapan rapi pada kali ini