UniKL BMI Juara Futsal USSC 2018!

UniKL BMI muncul juara baru bagi acara futsal kategori lelaki di UniKL Student Sports Carnival (USSC) 2018. Lebih membanggakan lagi skuad wanita mereka turut dinobatkan juara pada edisi kali ini.

Skuad lelaki UniKL BMI muncul sebagai naib juara kumpulan terpaksa melalui perjalanan yang sukar apabila mereka bertemu juara bertahan UniKL MIAT di suku akhir, namun rezeki menyebelahi mereka dengan meraih kemenangan daripada penentuan sepakan penalti.

Pasukan Futsal Lelaki UniKL BMI

Mereka meneruskan rentak cemerlang hingga perlawanan akhir dan satu perlawanan sengit berlaku antara pasukan BMI dan juga UniKL UBIS. Walaupun mereka tewas di peringkat kumpulan, skuad kendalian coach Irwan Shah berjaya bangkit menewaskan pasukan UniKL BMI menerusi sepakan penalti.

Bagi kategori wanita pula pasukan UniKL BMI muncul juara apabila menewaskan pasukan UniKL MIIT dengan jaringan 1-0.

Pasukan Futsal Wanita UniKL BMI

UniKL Student Sports Carnival (USSC) merupakan kejohanan tahunan untuk mencari bakat-bakat baru bagi beberapa sukan termasuk futsal untuk membawa nama universiti di kejohanan-kejohanan akan datang.

Selepas ini skuad futsal UniKL akan melakukan persiapan rapi menjelang Kejohanan Futsal IPT 2018 sirkit 1 yang akan berlangsung pada 18-22 Julai depan di Teregganu.

 

Keputusan penuh Futsal USSC :

Kategori lelaki

Juara : BMI

Naib Juara : UBIS

Ketiga : MIMET

Keempat : MFI

 

Kategori Wanita

Juara : BMI

Naib Juara : MIIT

Ketiga : MITEC

Keempat : UBIS

 

 

Kredit foto : UniKL Futsal & Irwan Shah (FB)