Undian Akhir Kumpulan Kejohanan Futsal Kelab AFC 2018

Hari ini, undian telah dibuat bagi 16 pasukan yang sah menyertai AFC Futsal Club Championship 2018 ini. 16 pasukan yang bakal bertanding dibahagikan dalam 4 kumpulan.

Proses pengundian ini telah dilaksanakan di Fairmont Jakarta Hotel, Indonesia pada jam 12 tengah hari tadi.

Vamos Mataram mempunyai kelebihan apabila kejohanan ini akan berlangsung di Indonesia. Ini merupakan kelebihan tersendiri buat pasukan Vamos Mataram apabila dapat beraksi di laman sendiri dan bakal dipenuhi dengan peminat futsal Indonesia.

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 1-12 Ogos 2018 ini di GOR Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Indonesia.

Kami di Arena Futsal Malaysia berharap agar satu hari nanti kelab-kelab futsal di Malaysia dapat beraksi di kejohanan ini.

Berikut adalah senarai kumpulan selepas undian berlangsung:

http://vamosfutsal.com/

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie