Traine by HIMsports bantu kekalkan kecergasan Khairul Effendy Bahrin

Dengan ketiadaan liga futsal ataupun ketika luar musim sebagai seorang pemain profesional amat penting bagi pemain tersebut memastikan keadaan mereka berada dalam keadaan baik.

Itu yang dilakukan kapten futsal negara, Khairul Effendy Bahrin @ Ayon yang menunjukkan satu contoh yang sangat baik bagi pemain-pemain futsal di luar sana. Kalau melihat kepada Instagram Ayon, boleh katakan setiap hari dia akan ‘update’ latihan yang dia lakukan.

Sama ada berlatih sendiri di rumah, lakukan larian jarak jauh dan juga melakukan sesi latihan di Traine by HIMsports.

Traine by HIMsports adalah sebuah pusat yang menawarkan khidmat memberikan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet selain itu ia juga adalah pusat pemulihan serta fisioterapi yang berasal dari Korea.

Pusat ini telah menjadi pilihan banyak atlet profesional yang datang dari seluruh dunia dan mereka berjaya membantu atlet ini mencapai kembali berada dalam keadaan yang bersedia dan terbaik untuk sukan masing-masing.

Menurut Ayon di pusat ini mereka selalu membantu bukan saja dari segi latihan malah memberikan ilmu baru kepada dia.

“Latihan di sana mereka akan fokus kepada ‘strength’ dan coach akan variasikan corak latihan. Untuk latihan ‘strength’ mereka tak fokus menggunakan ‘gym equipment’ sahaja sebab untuk bina otot ini kalau tak ada ‘strength’ akan senang dapat kecederaan. Jadi pelbagai jenis latihan dilakukan untuk membina ‘strength’ ini.”

“Bagi pendapat Ayon berlatih di sini amat baik, program latihan yang mereka buat untuk Ayon memang berintensiti tinggi dan sedikit sebanyak membantu Ayon. Ayon akan berlatih di sini 2 kali seminggu.”

Satu contoh yang baik untuk diikuti, tapi ini semua berbalik kepada pemain itu sendiri. Inisiatif sendiri untuk melakukan latihan sendiri terutama ketika luar musim. Jika seseorang itu sudah berada di tahap yang baik mudah untuk dia kembali ke latihan penuh bersama pasukan nanti.

Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang Traine by HIMsports boleh layari Instagram mereka di .instagram.com/trainebyhimsports.