Total 5 FT Antara Kuasa Besar Futsal Di Perak

Encik Zuhri bersama ketua pasukan Total 5 FT, Faizul Azuan

Encik Zuhri Hakim bersama ketua pasukan Total 5 FT, Faizul Azuan

Total 5 FT bukanlah asing dalam kalangan penggiat futsal di negeri Perak. Pasukan yang mula ditubuhkan pada tahun 2011 itu telah mengecapi banyak kejayaan di dalam ''liga haram'' sekitar negeri Perak khasnya.

Segalanya bermula dengan keupayaan menjuarai Kejohanan Futsal Piala Dato' Zaili yang merupakan Ketua Umno Bagan Serai, ianya telah menarik minat seorang usahawan muda iaitu Encik Zuhri Hakim yang mengakui amat tertarik dengan keupayaan pasukan yang diketuai oleh Faizul Azuan yang juga merupakan ketua pasukan buat pasukan Perak Futsal di Liga Futsal Kebangsaan ( LFK ).

Tertarik dengan aksi pasukan ini, Encik Zuhri telah menyatakan keinginan untuk menaja pasukan tersebut dan secara tidak langsung wujudlah pasukan Total 9 FT dan syarikat Kaji Bina menjadi penaja utama buat pasukan ini.

13113350_1353124771371050_116358951_o

Selepas kewujudan pasukan itu, telah banyak kejayaan demi kejayaan yang diraih dan kemudiannya pada tahun 2013, pasukan ini telah mengalami penjenamaan semula apabila nama pasukan telah ditukarkan kepada Total 5 FT. Mereka memilih burung hantu sebagai simbol baru pasukan.

Dibarisi dengan beberapa pemain LFK seperti Faizul Azuan, Fairooz Ammanijas, Firdaus Zulkefli, Syahiran Jasni dan beberapa nama lagi jelas mematangkan pasukan Total 5 FT untuk menjadi sebuah pasukan yang digeruni terutamanya di sekitar Ipoh.

Antara kejayaan terbesar yang diraih oleh pasukan ini adalah keupayaan menjuarai Liga Sukan Untuk Semua ( Lisus ) peringkat negeri Perak 2014 dan Kejohanan Futsal Terbuka Perak 2015.

Pasukan A dan B Total 5 FT juga akan bersaing di saingan Grand Final Extravaganza Cup 2016 yang akan berlangsung pada 7 Mei 2016 ini yang turut disertai beberapa pasukan terbaik di sekitar lembah klang antaranya seperti Mac FC dan Brabus United. Disamping itu pelbagai gelaran juara telah diraih oleh pasukan ini sepanjang tempoh hampir 5 tahun penubuhan pasukan ini,