Tot United Tiada Tandingan

Tot United sekali lagi mencipta nama apabila mereka berjaya memenangi kejohanan Road to QPR yang berlangsung semalam di pusat membeli belah Paradigm Mall.

Bermain di dalam kompleks membeli belah adalah satu pengalaman yang baru buat Pasukan Tot United dimana perlawanan mereka dapat disaksikan oleh orang ramai di sana.

Pasukan Tot United berjaya merangkul gelaran Juara setelah berjaya menewaskan pasukan Badboyz Below dengan jaringan 2-1. Pasukan ini yang menggunakan nama Gombak United terpaksa melalui laluan berliku sepanjang kejohanan berlangsung namun rezeki buat mereka untuk memenangi kejohanan ini.

Kemenangan ini adalah kemenangan Ketiga buat Pasukan Tot yang dimana mereka bakal membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurut salah seorang pemain pasukan Tot United Izat Zarin, keserasian kami adalah faktor utama demi menjadi pasukan yang terbaik. Sepanjang permainan kami bermain dengan semangat juang yang tinggi dan kami berpegang pada ayat ini "Play Hard Never Give Up".

Pasukan Tot United akan ke Dubai, Liverpool dan terkini akan ke London. Semoga berjaya buat Pasukan Tot United.